Jangan Kahwini Wanita Ini

| | 2 comments



Jangan kahwini perempuan yang ada 6 sifat ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : 
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : 
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga...
Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga...Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar..


3.Wanita Hananah : 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : 
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

2008 - 2013

| | 0 comments



LI Crew
2008 - 2013

HAPPY NEW YEAR 2013! 

Gosip

| | 0 comments


ini ada suatu kisah. tiba-tiba je malam ni aku teringat kisah ni. peristiwa ni berlaku masa tingakatan 5 kat KISAS. kau bayangkan la. masa form 5 ni budak2 LI boleh dikatakan dah dikenali oleh kebanyakan pelajar. kitorang pun ingatkan student je yang kenal, tapi tak sangka ada jugak guru-guru yang kenal. erk.

kisahnya berlaku macam ni, pada suatu hari persekolahan yang biasa, semua student pegi kelas seperti biasa. aku tak ingat aku ada hal apa masa tu, tapi aku keluar dari kelas pegi uruskan kerja tu. masa aku nak balik ke kelas tu, aku terserempak dengan seorang ustazah kat tangga depan makmal biologi blok form 5. aku boleh dikatakan rapat jugak la dengan ustazah ni, sebab beliau merupakan guru penasihat untuk kelab yang aku handle. so selalu jugak la ada urusan dengan ustazah ni. terserempak itu perkara biasa la, mungkin beliau baru habis mengajar kat kelas tingkat 2 tu. tapi yang peliknya, beliau pandang aku dengan senyuman yang penuh makna. apekah? dengan senyuman itu, beliau menegur aku.

"kamu apa khabar? sihat"
"saya baik je alhamdulillah, ustazah."
*beliau senyum lagi*
"makwe apa khabar?"
*apekah? soalan perangkap. erk.*
"erm. saya mana ada makwe, ustazah."
*senyuman makin lebar*
"takyah tipu ustazah la. ustazah dah tahu semua."
"eh. betul, ustazah. saya takde makwe la."
"ustazah kenal kamu la. tengok pun boleh nampak. sekilas ikan di laut, boleh tahu jantan betina."
"erk"

at last, aku tak sempat nak jawab pape. ustazah pegi begitu sahaja. aku nak kejar pun susah sebab ramai muslimat yang lalu kat tangga tu. malas bersesak dengan diorang pulak. lagipun aku ada kelas lagi masa tu. tapi serius. soalan perangkap sebegitu sangat jarang ditanya, lagi-lagi la oleh seorang ustazah. kalau cikgu-cikgu tu penah jugak la ditanya soalan macam tu. aish. terkebil-kebil aku memikirkannya. mana la ustazah dengar cerita yang aku ada makwe kat sekolah. adeh. 

gosip? aku rasa ada la kot gosip aku kat KISAS yang student lain tau. tapi bagi aku tu hanya sekadar gosip. bukan la sesuatu yang serius. tapi tak sangka pulak gosip pun boleh dipandang serong. tapi bila fikir balik, biasa la tu benda kecik dibesarkan kat KISAS ni. gosip ni boleh dikatakan sebagai fitnah la senang cerita. belum yang belum tentu betul tapi dah dipandang serong. haaa. dasat tak dasat tak. berapa gosip ah aku ada kat sekolah dulu. aish. tapi aku tak pernah salahkan ustazah ke guru-guru lain ke sebab aku tau, diorang tau pun daripada students jugak. takdenya diorang nak buat gosip dalam bilik guru tu. tapi biasa la. pandangan students lain pun dah memang camtu, nak buat macam mana. memang aku la yang tak jaga. buat ikut suka hati je. tu pasal la keluar gosip2 sebegitu.

dan sejujurnya, aku masih tak tahu dan terfikir, siapakah makwe yang dimaksudkan ustazah tu. hmm.

yours truly,
AA:)

Kaum Hawa

| | 0 comments

Sahabatku…(Kaum Hawa)

Sekiranya seseorang telah melukai hatimu,
Janganlah engkau berdendam dengannya,
Maafkanlah segala kesilapannya,
Kerana kemaafan itu lebih mulia daripada segalanya,
Yang penting,
Kita tidak boleh rase down dengan perkara ini semua,
Kita harus bangkit,
Teruskan perjuangan kita,
Hidup dan mati kita hanya untuk Allah,
Janganlah kau bersedih dengannya,
Maybe ada hikmah disebalik semua ini.

Sahabatku…
Aku tidak mahu,
Engkau hanyut dengan CINTA DUNIAWI,
Engkau tidak boleh lemah,
Bangkitlah semula,
Aku tidak mahu disebabkan ini,
Pelajaran kamu terabai,
Kesihatan kamu terganggu,
Cubalah cari semula kekuatan kamu,
Semangat kamu selama ini,
Jangan disebabkan dia kamu hanyut,
Pelajaran kamu terabai,
Kerana ini semua ujian untuk kita.

Sahabatku…
Jika once dia cakap dia xsuka,
Janganlah kita beri harapan lagi kepadanya,
Kerana dia akan terus melukai hatimu,
Kerana dia memang tidak menyukaimu lagi,
Kerana dia takkan mencarimu lagi,
Jelas dan terang dia menyatakan,
Yang dia sudah tidak menyukaimu,
Jangan kita terus memaksanya,
Kerana dia akan gelakkan kita,
Dan terus mengecewakan kita.

Sahabatku…
Jadinya kita sebagai wanita,
Kita perlu bangkit semula,
Jangan bersikap lemah,
Tinggikan semula maruah dan harga diri kita,
Memang susah untuk melupai orang yang telah kita sayang,
Tetapi buat apa kita perlu tunggu dia,
Sesuatu yang terang2 dia reject kamu,
Takes your time,
Latih diri untuk melupainya,
Tidak perlu kamu memujuknya,
Kalau kamu mampu,
Lupakan dia saja orang sebegitu.

Sahabatku…
Yakinlah one day akan datang,
Seorang yang ditakdirkan buat kita,
Maybe itu yang terbaik untuk kita,
Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg kita perlukan,
Yang terbaik buat kita,
Bukan apa yang kita perlukan,
Yang penting jaga diri kita sebaik mungkin,
Jangan bagi kaum adam terus memainkan kita,
Pertahankannya untuk ALLAH,
Carilah CINTA ALLAH,
Kerana cinta itulah yang kekal abadi.

Sahabatku…
Mengapa kita harus kecewa,
Kerana itu semua adalah HAK2 SUAMI kita,
Bukan untuk dia yang bukan SUAMI kita,
Kita tidak boleh terus mengalah,
Yang penting kita bangkit semula,
Kita pertahankan diri kita,
Cari keredhaan Allah,
Kerana saya tidak suka dan benci,
Org yang permainkan kaum hawa,
Walaumacam mana susah sekalipun,
Kita wajib pertahankan harga diri kita,
Kerana harga diri ini milik SUAMI kita.
Kita perlu kuatkan diri untuk terus melupainya.

Sahabatku…Align Center
Janganlah engkau pujuk dan rayu kepadanya,
Kerana itu akan membahayakan diri kita,
Kerana dia akan terus gelakkan kita,
Jadilah wanita yang SOLEHAH,
Jangan letak harapan yang tinggi kepadanya,
Dan cuba sebukkan diri dengan perkara yang membina,
Melakukan perkara yang berfaedah,
Dekatkan diri kepada ALLAH,
Dan mohonlah kepadanya,
Bangunlah pada satu pertiga malam,
Kerana Allah sangat dekat kepada hamba2nya pada ketika itu,
Penuhilah jiwa kamu dengan IMAN dan TAQWA,
Pergi usrah dan dengar tazkirah,
Penuhilah jiwa kamu dengan mengingati Allah,
Oleh itu, kamu tidak akan rase kehilangan,
Kasih sayang Allah kepada kita.



Sahabatku…
Biarlah dia pergi dari hidupmu,
Jangan engkau terus mengharapkannya lagi,
Kerana Umat Islam sekarang sudah tenat,
Kitalah sebagai generasi akan datang,
Perlu semangat m’perjuangkan JIHAD dijalan Allah,
Kita perlu bangkit,
Kita tidak boleh lemah,
Kita bina balik personaliti kita,
Harga diri kita dan maruah kita,
Supaya kita terus semangat,
Kerana cinta yang baik adalah,
Cinta yang membina diri kita,
Berusahalah selagi kita mampu.

Sahabatku…
Janganlah kamu pamerkan,
Kecantikan badanmu,
Lenggok gayamu kepada KAUM ADAM,
Kerana kamu bukan menarik hatinya,
Malah kamu telah menarik nafsunya,
Tidak perlu kau goda,
Kerana ada yang tersedia dan terbaik buatmu,
Sebagai SUAMI dan TEMAN SEJATI… :-)

daripada mereka. kami sampaikan.
LI Crew

Blue is Released!

| | 0 comments


yes! our new MV is now released!
Blue is made based on popular demand on facebook to us.
this might due to the BIGBANG Alive album release.

KP featuring KW - Blue
 

LI Crew. 2012 | Blue
Released on 16 June 2012
Originally sung by BIGBANG. No copyright intended. This is only a fanmade video.
KP - AA:), A2Z & ChaosZ [LI Crew]
featuring KW. oh yeah. This is his FIRST debut!

G-Dragon - AA:)
Taeyang - ChaosZ
TOP - ChaosZ
Daesung - KW
Seungri - A2Z

Director, Script Writer - ChaosZ
Actor - AA:)
Actress - Tiah
Editor - AA:)

Click here for the original MV : http://www.youtube.com/watch?v=2GRP1rkE4O0

"I'm singing my blues ~"
"The love that I have sent away with the floating clouds"


Hope you guys enjoy ~
p/s: This video is private. To those who can't view the video, please make a request.

LI Crew