Gosip

| |


ini ada suatu kisah. tiba-tiba je malam ni aku teringat kisah ni. peristiwa ni berlaku masa tingakatan 5 kat KISAS. kau bayangkan la. masa form 5 ni budak2 LI boleh dikatakan dah dikenali oleh kebanyakan pelajar. kitorang pun ingatkan student je yang kenal, tapi tak sangka ada jugak guru-guru yang kenal. erk.

kisahnya berlaku macam ni, pada suatu hari persekolahan yang biasa, semua student pegi kelas seperti biasa. aku tak ingat aku ada hal apa masa tu, tapi aku keluar dari kelas pegi uruskan kerja tu. masa aku nak balik ke kelas tu, aku terserempak dengan seorang ustazah kat tangga depan makmal biologi blok form 5. aku boleh dikatakan rapat jugak la dengan ustazah ni, sebab beliau merupakan guru penasihat untuk kelab yang aku handle. so selalu jugak la ada urusan dengan ustazah ni. terserempak itu perkara biasa la, mungkin beliau baru habis mengajar kat kelas tingkat 2 tu. tapi yang peliknya, beliau pandang aku dengan senyuman yang penuh makna. apekah? dengan senyuman itu, beliau menegur aku.

"kamu apa khabar? sihat"
"saya baik je alhamdulillah, ustazah."
*beliau senyum lagi*
"makwe apa khabar?"
*apekah? soalan perangkap. erk.*
"erm. saya mana ada makwe, ustazah."
*senyuman makin lebar*
"takyah tipu ustazah la. ustazah dah tahu semua."
"eh. betul, ustazah. saya takde makwe la."
"ustazah kenal kamu la. tengok pun boleh nampak. sekilas ikan di laut, boleh tahu jantan betina."
"erk"

at last, aku tak sempat nak jawab pape. ustazah pegi begitu sahaja. aku nak kejar pun susah sebab ramai muslimat yang lalu kat tangga tu. malas bersesak dengan diorang pulak. lagipun aku ada kelas lagi masa tu. tapi serius. soalan perangkap sebegitu sangat jarang ditanya, lagi-lagi la oleh seorang ustazah. kalau cikgu-cikgu tu penah jugak la ditanya soalan macam tu. aish. terkebil-kebil aku memikirkannya. mana la ustazah dengar cerita yang aku ada makwe kat sekolah. adeh. 

gosip? aku rasa ada la kot gosip aku kat KISAS yang student lain tau. tapi bagi aku tu hanya sekadar gosip. bukan la sesuatu yang serius. tapi tak sangka pulak gosip pun boleh dipandang serong. tapi bila fikir balik, biasa la tu benda kecik dibesarkan kat KISAS ni. gosip ni boleh dikatakan sebagai fitnah la senang cerita. belum yang belum tentu betul tapi dah dipandang serong. haaa. dasat tak dasat tak. berapa gosip ah aku ada kat sekolah dulu. aish. tapi aku tak pernah salahkan ustazah ke guru-guru lain ke sebab aku tau, diorang tau pun daripada students jugak. takdenya diorang nak buat gosip dalam bilik guru tu. tapi biasa la. pandangan students lain pun dah memang camtu, nak buat macam mana. memang aku la yang tak jaga. buat ikut suka hati je. tu pasal la keluar gosip2 sebegitu.

dan sejujurnya, aku masih tak tahu dan terfikir, siapakah makwe yang dimaksudkan ustazah tu. hmm.

yours truly,
AA:)

0 comments: