salam semua
sebenarnya post ini diilhamkan oleh Chaos
bermodalkan sebuah tajuk yang amat menarik
KITA BERUBAH
ataupun yang lebih tepat
KAMI BERUBAH
yup. bak kata Chaos setelah melihatkan apa yang jadi sekarang
dalam masa keadaan sekarang la ye. kita tengok balik.
kita tengok balik sorang sorang eh.
Abang
dulu amat sangat lah anti dengan LI Crew
sape sape yang berani sebut LI depan dia dulu? BADAR? KP?
semua dia akan rasa giler bengang. so jangan sebut.
apakan lagi nak tengok muka kitorang satu satu.
nak ajak dia outing sekali? hmph. dalam mimpi korang la.
nak ajak dia buat mission kat sekola sekali? jangan harap.
nak ajak dia solat jemaah? haa. yang ni insyaAllah.
nak buat usrah seminggu sekali? ni belum try lagi.
tapi sekarang. sebut je LI Crew. dia okay je.
kadang2 dia macam tau tu tanggungjawab dia.
crew yang dibentuk sendiri. crew yang sentiasa setia.
ajak la dia untuk join pape dengan kitorang.
hang out sekali? lepak minum2 sekali? share hadiah sekali?
even join MV kitorang pun dia layan je.
kadang2 rasa bangga kan ada adik adik macam ni.
walaupun mengong tapi tetap yang terbaek.
dan kitorang dah ada adik tiri. sape lagi kalau bukan Fanz.
yeke? kena tanya Abang balik. hahaha
A2Z
dulu pilih orang senyap2. sendiri2 je. ikut suka hati.
tengok2 dah on. belum dapat approval kitorang pun.
walaupun kalau admire orang ada la dia bagitau kitorang sikit
tapi biasanya pemilihan dia, dia akan buat sendiri.
yup. pemilihan sendiri tanpa advise atau guide dari kitorang
dan tanpa pandangan pape dari kitorang. tengok2 dah pilih.
dan biasanya pilihan beliau tidak menepati ciri2 kitorang.
bukan kitorang ada ciri2 spesifik pun untuk pemilihan
tapi kriteria tetap ada. eh? bukan sama ke? aaahh.
tapi kitorang tak kesah pun. asalkan dia bahagia.
tapi sekarang. waah. dah pandai memilih.
banyak option. hilang satu datang satu lagi.
tapi kali ni bagi kitorang adalah yang terbaik.
dan pilihanya menepati pilihan. maksudnya okay la.
takde la macam sebelum ni. pilih sendiri2.
tanpa advise kitorang atau pape. at least dia bagitau jugak la.
kali ni dia mintak pandangan kitorang. pandai jugak.
lagipun dia mintak dulu approval kitorang.
dan pilihan dia sweet giler dengan dia. sesuai la kan.
so memang okay la sekarang. tak macam dulu. mantap.
AA:)
dulu selalu sangat kena gosip dengan orang.
gosip yang entah pape. mungkin sebab karakter yang lain kan.
tapi takde la layan sangat. mungkin tak pernah ambik seyes pun.
tak kisah orang cakap pape. walaupun satu batch sedang berkata.
sebab dia sendiri tahu benda tu tak betul. so relax je la.
dulu mana kisah pasal ada pasangan ke pe. orang nak couple ke pe.
yang penting hidup bahagia. tak kacau dia, tak kacau orang lain.
tapi sekarang. dah pandai fikir pasal masa hadapan.
bak kata Chaos; dah pandai fikir pasal kahwin. kahwin?
kahwin ye. bukan couple ke nak pasangan tak tentu pasal.
walaupun hati masih tak tentu arah macam dulu. tapi yes.
dah tahu apa yang diperlukan, perancangan untuk kahwin.
so setiap pandangan semuanya ke hadapan. untuk future.
maksudnya akan serius dalam topik relationship. bukan untuk main main.
Chaos kata dah pandai geli geli. hampehh.
Seeker
dulu boleh dilabel sebagai player atau bahasa indahnya playboy
boleh kata semua perempuan yang kenal dia mudah tertarik
exception untuk budak KI. sebab diorang bukan kenal dia sangat.
mudah tertarik ye. bukan lepas dia mengayat. haaa.
dasat jugak sebenarnya. dulu asyik fikr main main je.
walaupun memang dia mintak approval kitorang.
dan pemilihannya selalu okay la. boleh diterima. pandai.
dia senang dapat. hilang satu ramai lagi yang tunggu.
selalu tukar? no komen. kena tanya dia la yang tu.
tapi sekarang memang berubah. lain jadinya.
Seeker sekarang bukan yang dulu. bukan yang suka main2.
lebih serius. dah fikir benda secara serius. dan pandang jauh
dah mula fikir macam AA:). pikat bukan untuk saje2.
dah sedar semua yang dulu adalah kesilapan beliau.
dan sekarang mula hendak memperbaiki apa yang telah salah
betul la. kesilapan yang lalu mengajar kita. yup.
dan kesilapan lalu la menjadikan Seeker yang sekarang
Chaos
dulu selalu dikecewakan. bagaimana? itu ada la.
dikecewakan oleh apa? itu pun ada laa. tapi itu la secara umumnya.
mula belajar sedikit demi sedikit dengan crew
segala yang crew member lain tau semuanya dikongsi
bukan senang untuk mencapai tahap yang lebih tinggi sebenarnya
usaha pastinya membuahkan hasil. dan yes. beliau berubah.
daripada seorang yang dikecewakan kepada seorang yang baru.
daripada seorang yang tak dipandang kepada
seorang yang pastinya mencuri perhatian
yang penting tak macam dulu laa.
sekarang memang sudah lain. dulu selalu rasa down.
sekarang dah ada bakat. bakat yang terpendam sebenarnya.
bak kata beliau, hopeless romantic. dah faham banyak benda.
faham banyak situasi, banyak masalah, banyak teknik
dan dah pandai keluarkan teori sendiri lagi tu
dah pandai mencuri perhatian. dah pandai masuk line.
ini tak tau la dikatogerikan dalam overstreet ke tak.
tapi memang pandai la. boleh dapat apa yang dia nak.
dah ada teknik sendiri. dan sesuatu yang dasat terjadi.
beliau berubah. daripada seorang yang selalu main main
kepada seorang yang lebih serius. dalam hubungan.
dan sekarang beliau menjadi pencinta yang setia
Fye
dulu selalu dalam buat kerja diam2 je. ada la jugak
kadang2 dia masuk dalam perbincangan LI
bincang kalau da masalah pape ke. tau jugak perkembangan kitorang.
Abang pun selalu je ada dengan dia. sama blok kan.
dulu gosip dia semua senyap2 je. dasat jugak.
tapi sekarang. berubah ke? lebih kurang sama je.
pandai simpan jejak. gosip masih senyap. cehh.
tapi takpe la. bergerak dalam bayang smart jugak.
******
so overall ini la perubahan yang boleh nampak
perubahan kami yang memang berbeza
kat dalam KISAS dan di luar KISAS
sebelum SPM dan selepas SPM
budak budak dan lelaki macho
belum matang dan matang la sikit kan
so tu jela yang nak share dengan korang
ini apa yang kitorang nampak la
yang korang nampak mungkin berbeza kan?
jangan risau. hantarkan komen korang.
kami sedia mendengarnya. :)
p/s: Chaos pesan beliau tak boleh tulis post ni walaupun ini idea beliau
sebab beliau akan menitiskan air mata ketika menulisnya.
LI Crew
changed
2 comments:
HAHAHAHAHA. POYO GILE!! lawak kot aku baca. ok laa. bagus laa korg berubah. tapi tetap. macam knak2 je lagi kat mata aku. hahaha. =P
uish. ko nih kan. kak Yan betul laa. haha. suka hati ktorg la. dh berubah woo.
Post a Comment