Episod 2

| |

Sedang Nawfas sibuk mengeluarkan pakaian dari begnya, dia ternampak kelibat seseorang sedang duduk dihadapan sebuah loker. Budak itu sedang khusyuk mengemas lokernya sehingga tidap perasan kehadiran Nawfas. Bapak r, serius gila ngemas sampai tak prasan aku, bisik hati Nawfas. Nawfas menepuk bahu budak tersebut. Apabila dia menoleh, barulah Nawfas dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kulitnya gelap dan rambutnya sedikit kerinting.

“ Assalamualaikum. Ko pun budak bilik ni? Aku Adam”

“ Waalaikumussalam. Ya, aku Nawfas. Yang ko khusyuk sangat tu kenapa?”

“ Ko tak tahu ke? 10 minit lagi semua budak baru kena kumpul kat dewan kuliah. Aku takut tak sempat kemas barang je”

Selepas itu, Adam terus memasukkan bebarapa helai pakaian ke dalam lokernya. Belum sempat Nawfas menyentuh begnya, seorang lagi budak biliknya masuk. Dia memperkenalkan dirinya dengan nama Zahir. Badannya sasa dan agak tinggi. Dia memberitahu Nawfas dan Adam ketua pelajar sudah mengarahkan mereka semua untuk ke dewan kuliah.

Di dewan kuliah, suasana sangat riuh-rendah dengan suara pelajar lelaki dan perempuan. Nawfas memilih untuk duduk bersebelahan dengan seseorang yang kelihatan sperti seorang ayah di belakang dewan kuliah. Setelah semua pelajar berkumpul di dalam dewan kuliah, seorang cikgu wanita yang jelita masuk lalu memperkenalkan dirinya, cikgu Hamiah, salah seorang guru kaunseling kolej. Cikgu Hamiah menerangkan tentang minggu orientasi yang bakal dilalui semua pelajar baru. Walaupun ucapannya panjang tetapi tiada seorang pun pelajar lelaki yang tersengguk. Mungkin disebabkan kecantikan cikgu Hamiah.

Selepas lebih kurang satu jam, pelajar dibenarkan untuk ke kantin bagi berehat dan mengalas perut. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk ke dewan kuliah semula. Di kantin, Nawfas memilih sebuah meja yang kosong untuk lepak. Sambil menjamah roti Blueberrynya, Nawfas teringat akan kawan-kawan lamanya di Ma’had. Tiba-tiba, lamunannya terganggu oleh seorang budak.

“ Tak ada orang duduk sini kan? Nama ak Syazlan. Ko?”

“ Nawfas.”

Nawfas mendengus kecil, lagi satu budak mesra alam, bisik hatinya. Sambil menjamah makanan masing-masing, Syazlan bercerita tentang kehidupannya di sekolah lamanya. Syazlan merupakan seorang player Malaya. Ayatnya boleh dikatakan mantap. Mukanya juga boleh tahan kerana ada iras-iras penyanyi antarabangsa, Jay Chou. Selesai sahaja Syazlan bercerita, Nawfas pun bercerita tentang dirinya. Dia tidak tahu apa sebabnya dia bercerita perkara-perkara silamnya kepada Syazlan tetapi dia merasakan Syazlan mampu menjadi rakannya suatu hari nanti.

Selepas itu, Nawfas dan Syazlan bergerak semula ke dewan kuliah. Sambil menunggu cikgu Hamiah, Nawfas kembali bersembang dengan Syazlan yang duduk di sebelahnya. Mungkin ini sebuah permulaan bagi hidup Nawfas. Mungkin dia perlu melupakan kisah silamnya dan mulakan hidup yang baru di kolej ini.

0 comments: