Tanggungjawab Lelaki & Perempuan

| | 3 comments

TANGGUNGJAWAB LELAKI & PEREMPUAN

LELAKI

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah beperti berikut:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh....

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi… lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.


WANITA

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:

Suaminya,
ayahnya,
anak lelakinya dan
saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:

Sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
taat suaminya
dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika kami tersilap).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

******

nmpk mcm lelaki lg byk tanggungjawab kn?

sape ckp hdp sbg seorg lelaki senang?

tp masing2 ada kelebihan dan tanggungjwb masing2

so btl la. Allah Maha Adil.

LI Crew

What Men Want In A Woman

| | 2 comments

A definitive responsible to this is impossible and answers could go on forever. Every man has his own strengths and his own issues and insecurities. Moreover, men go through different stages of life and relationships have different stages. What men want in a woman varies widely.

Here are some of the many answers WikiAnswers Contributors have given:

Men want what they can't have.

Men look for health (physical, psychological, emotional, fiscal).

Men look for the outward appearance of physical health, e.g. clear, bright eyes, a body not too overweight and not too underweight, clean lustrous hair, clean nails, clean body, few if any blemishes.

Men want someone beautiful but "beauty is in the eye of the beholder."

Men want someone beautiful and we objectively know what this is. A Discovery health program stated that men overwhelmingly, cross culturally, cross generational are visually attracted to women who have a 70% ratio from waist to hips. Meaning waist is 70% size of hips. Beauty contestants across the decades have been this way even though they are much slimmer now than 10-20 years ago. Marilyn and Twiggy were both 70% ratio. It is also interesting to know that this is also an immediate indicator of health.

Men want a woman who is honest, who he can trust completely, who is not likely to sneak around and sleep around with other guys.

Someone with similar interests so they have something in common.

A woman who will make an effort to please him.

A woman who makes an effort to look her best.

An appreciation of the man's job.

Passion

A woman whose ego isn't bigger than her hairstyle.

A partner for his life.

A partner for his soul.

Someone who is caring. All men want to be looked after.

Someone who has faith in him.

A woman who is strong yet sometimes submissive.

A woman who is strong but does not have an attitude.

Someone who is not too loud.

Someone who won't nag him beyond reason.

A woman who challenges him and is full of the unexpected.

An interesting woman.

An intelligent woman.

A woman who is not dumb (mediocre intelligence is fine).

A woman who is smart enough to grasp new concepts.

Someone artistic or creative.

A woman can take care of herself without feeling that she has to compromise herself in a relationship.

Someone who suits their individual personality.

Some guys like an aggressive woman. aha

Some guys like silent and reserved type.

Someone in-shape/athletic.

Interdependence, so that you trust and need each other.

A sense of humor.

A woman with a nice laugh.

A positive personality.

Men want a woman who is comfortable with her own sexuality.

Someone up for action, or willing to get a little kinky in the bedroom.

A positive personality

A talent and passion in something worthwhile.

Men respect and want a woman who knows her own mind; women who are true to themselves.

Someone relaxed and confident.

A woman with a good soul.

A woman who has a great smile and loves to laugh and be herself but can also be intelligent and serious.




dah baca? so what do you think?

for us; some are true and some aren't

some yes, some not necessary and some no

but then compared to what women want in a man

men are not that fussy or demand or bla bla bla

women want this and that specifically

while men just want to find his own soulmate :)

is it true, guys? ahha. think.


LI Crew

Mencari Cinta

| | 2 comments

MENCARI CINTA

jika seseorang wanita itu mencari cinta seorang lelaki dengan kecantikannya
maka hilanglah cinta setelah hilang kecantikan diwajahnya

jika seseorang lelaki mencari cinta wanita dgn kekayannya
maka tiadalah wanita disisinya disaat dia kebuluran

namun jika seseorang wanita dan lelaki itu mencari cinta
dengan ketaatan pada Allah dan akhlaknya yang mulia
maka sucilah cinta yang diperolehi mereka
dan rasailah mereka nikmat syurga sebelum syurga
seperti mana cinta
Nabi Muhammad dan Siti Khadijah

yakin lah akan janji Allah
yang baik taat beriman adalah untuk yg beriman taat baik
dan yg jahat jelek teruk adalah untuk yg terok jelek jahat

wahai wanita

kamu umpama bunga yang harum segar mewangi yang dapat menarik seluruh kumbang ke arahmu namun kami lebih suka jika kamu menjadi seperti bunga mawar yg indah kelihtan dari jauh namun tidak mudah untuk didekati.

******

berita baik!

anonymous juga boleh memberikan comment utk posts.
harap maklum.

LI Crew

Handsome Or Not

| | 4 comments

HANDSOME OR NOT

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: Woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: ...(diam aja tak mengundang)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus ... Penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching ... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?...


Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni?

******

Perempuan Oh Perempuan

mcm itu kah pandangan anda terhadap lelaki?

lelaki handsome dan tak handsome?

bukan kah mereka juga manusia?

don't judge a book by its cover

tp ktorg tau bahawa tak semua perempuan begitu

jadi persoalannya

anda perempuan mcm mana?

think think

LI Crew

Formspring.me Award

| | 0 comments
salam semua

ini kelihatan di profile Formspring LI Crew


yup! soalan utk LI Crew telah mencecah 100 soalan

maka dengan ini LI Crew dgn bangganya

ingin menganugerahkan

kepada mereka ini

nawalwafa

farahliessa

sydan

sofeamye

7flowers

azura306


kerana telah berani bertanya
kepada LI Crew soalan
berserta user info
atau tidak anonymous

TAHNIAH!


jd kepada mereka di luar sana
yang masih ingin bertanyakan soalan kpd LI Crew
silakan berbuat demikian
kaunter pertanyaan sentiasa dibuka ;)

terima kasih

LI Crew

Dating Mistakes

| | 7 comments

Women. Please read this.

8 Dating Mistakes Women Make

1. Being Too Available

2.
Trying to Rehabilitate
a Bad Boy


3.
Looking for Perfection

4.
Feeling Sorry
for Yourself


5.
Knowing His Thread-Count
Before You Know
His Phone Number


6.
Being Too Selfish in
Your Relationship


7.
Believing in The One

8.
Forgetting Your Manners

Women. Is that true?

So the conclusion is?

xyah la dating. buat maksiat je.
plus pening kepala. kena control ayu.
kena pikir mcm2. emosi terganggu.

ddk umah layan Spongebob lagi baik

LI Crew

Cinta Luar Biasa

| | 0 comments

CINTA LUAR BIASA

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami arti kemanisan iman..


sumber dari internet

LI Crew

New Look!

| | 4 comments
WELCOME!


LI Crew's blog now

is in a new look

so how's it? ok tak?

you judge, guys

any comments would be fine

enjoy your reading

thanks!


LI Crew

Tentang Cinta

| | 0 comments

Bertanya Ats Tsauri kepada Rabiatul Al-Adawiyah: “Apakah hakikat iman engkau?” Rabiah menjawab : “Aku tidak beribadah kerana takut dari neraka dan tidak kerana cinta dengan Syurga Allah sehinggalah aku seperti orang yang diberi upah untuk berbuat jahat, akan tetapi aku beribadah kepada-Nya kerana cinta dan rindu kepada Allah S.W.T ."

TENTANG CINTA


Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah sesuatu yang mustahil.

Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.

Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu setiap saat,
dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.

source : here

LI Crew

Wahai Perempuan

| | 0 comments

salam semua

terbaca satu artikel daripada

Langit Ilahi

ingin dikongsikan kepada para pembaca

lelaki dan perempuan

so click here

Wahai Perempuan

"Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini,
sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin."

baca dan hayatilah
insyaAllah

LI Crew

SHAWLYSA

| | 0 comments

nie juz iklan. kepada sesiapa yang nk bli SHAWL yang lawa. blh la visit

thishttp://shawlysa.blogspot.com/...semua lawa2... klaw bli mmg xrugi..JUZ untuk

PEREMPUAN jer..

tp klaw laki blh gak bli kn untuk mak..:)

(siyes lawa)





antara contoh nyer..klaw nk lagi visit la http://shawlysa.blogspot.com/...

it wont waste your money,worth it :)


seeker,


Makan

| | 0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



“Apakah sesiapa dari kalanganmu sanggup memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati, sedangkan
kamu amat membenci perlakuan itu?”


Saudara yang diumpat itu dianggap sebagai mayat kerana mayat tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya ketika disakiti. Begitulah perihalnya pada memperkatakan benda-benda yang tidak elok tentang seseorang di belakangnya.

source : http://saifulislam.com

by
LI Crew

Subhanallah

| | 0 comments
salam sahabat

suatu artikel utk dikongsi bersama

drp blog Nabila Halimi
thx for the share


Kisah Benar:
Mimpi Seorang Pelajar UIA

Subhanallah!

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam
satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka
senangi di wajah Rasulullah saw.
Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan
bahawa terlalu merindui ikhwannya..
Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?"
Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku..
ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku
tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...
Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

terpegun membaca artikel ini.
rindu akan Pesuruh Allah
selawat dan salam ke atas junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w.

penghayatan bersama

LI Crew

Facebook

| | 0 comments
salam

ternampak status Akram

"terasa lucu apabila seorang kawan yang dahulu beria-ia menegah penggunaan facebook dek kerana pemiliknya seorang yahudi, sekarang profile 'beliau' aktif sangat-sangat,, hai manusia-manusia..buat lawak memang pandai.."

LI tergerak hati utk berkongsi pengetahuan
drp apa yg telah dibaca


Facebook, Yahudi & Status Hukum

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.




Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏Ø£َÙ†َّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَÙ‰ Ø·َعَامًا من ÙŠَÙ‡ُودِÙŠٍّ إلى Ø£َجَÙ„ٍ ÙˆَرَÙ‡َÙ†َÙ‡ُ دِرْعًا من Ø­َدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?



3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?



Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook. Sila BACA DISIN I

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.



4) Privacy pengguna facebook dijajah?



Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.



Policy menyebutkan :



"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."



Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.



Selain itu, juga disebutkan :



To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."



Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.



Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.



KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.



· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.



· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-



a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.



Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman



source : http://www.zaharuddin.net

semuanya ada baik dan buruk
harap semua dpt ambil iktibar
utk kebaikan bersama
wallahu'alam

LI Crew

Couple-ing

| | 0 comments

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.


Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

by ex-exco

LI Crew


Mulut Manis

| | 0 comments

salam semua

ini utk renungan bersama

lelaki dan wanita



"Lelaki semuanya mulut manis, macam-macam lelaki aku kenal. Mulut amatlah manis, sehingga beribu semut akan menghurungnya. Dari yang amat baik hingga lah yang amat nakal. Tetap manis. Kita wanita terhanyut dengan kata-kata manis itu. Tak bosan kah mereka berkata manis?"

"Aku kenal 1 lelaki ini, boleh kata melalui alam cyber. Baik, teramat baik. Setiap patah perkataan di taip dengan kemas, berbahasa dengan sasteranya, dan pujian kata-kata manis pasti tidak lepas."

"Tapi bila semakin rapat, topeng itu mula berguguran sedikit demi sedikit, bahasa sastera masih ada sedikit tetapi bahasa lucah, semakin menjadi-jadi. Lihatlah, betapa berpura-puranya manusia. Lucah yang bagaimana itu? Bercerita tentang sex, bertanya itu ini, walau pon telah ditegah sehari menjadi baik esoknya? Bermula semula episode itu."

"Betapa Lelaki ini hanya bermulut manis pada awalnya, hanya sekadar untuk mencuri rasa hati ini. Jangan sekadar berkata tentang alam cyber, realiti kehidupan jua begini."

"Ada lelaki yang sudah punya kekasih/isteri namun bercakap manis kepada wanita lain, berkata isteriku/kekasihku tidak secantikmu, tidak semulusmu, tidak sebaikmu. Tahukan anda dihati mereka siapa? Walau pon mereka menghina kekasih/isteri mereka seteruk-teruknya. Tapi dihati mereka itu lah yang bertakhta."

"Kepada mangsa mulut manis hanya la tempat melepas geram, melempias nafsu mungkin? Berhati-hati lah dgn sekelilingmu wahai wanita."

Mulut manis :
kata-kata yang lemah lembut
dapat menundukkan orang.


dipetik dr satu laman blog.

so hrp smua dpt ambl iktibar

Guys,
mulut manis bknnya salah. klau dh manis 2, maniskanlah akhlak sekali.
jgn malukan dri sndri dpn perempuan. dan jgn malukan kaum lelaki sndri.

Girls,
be careful. mulut manis x smestinya smua manis. so jgn terpedaya dgn
mulut manis lelaki yg blh mengubah segalanya. sentiasa berhati-hati
dalam perhubungan anda.

LI Crew


My Name Is Khan

| | 0 comments
- My Name Is Khan -

Lbey kurg 2 mggu lpas, mak ak suruh ak dload cite nie. Katanya, best. Ak pn dload r. Rpa2nya, cite Bollywood. Ak bkannya minat sgt pn cite Bollywood tp mak ak suruh dload jgak tp ak x tgok pn. Ak pn plek r, sjak bila plak mak ak minat cite Bollywood nie? Mak ak ckap movie nie klua dlm 1 artikel dlm Majalah I. Ak pn tgk r artikel 2. Macam menarik je. Tp ak tetap x tgk gak sbb Bollywood. Bkan ap, ak mals bab2 nyanyi2 mcm HSM. Bosan. Sabtu lalu, ak bkak r cite psal movie ni kt ayah ak tyme breakfast. Ayah ak pn suruh tgok. Last2, satu famili duk dpan laptop sbb nk tgk cite nie. Ak pn lyan je r...

Cite 2 berlgsung slama 2 jam lbey. Tp, xde r mnari2 mcm cite Bollywood lain.. Ayah ak ckap org Islam yg wat cite nie. Lpas je ak abes tgk, ak akui. Mmg bes. Walaupn ada beberapa unsur yg ak x brapa stuju spt Muslim kawen dgn Hindu tnpa tuka agama n persamaan sume agama, cite nie ad byk moral yg ak nk citerkn n bg ak perlua ad bg kita semua. Bab2 unsur x bgus 2 kita tolak tp kita amek moral yg baek. Ak cdgkn korg tgk sndri r tp bg yg malas, ak nk citerkan sinopsisnya (tulis sendri bkan copy paste)...

Cite bermula dgn Rizwan Khan, seorg bdak Muslim yg mmbesar dgn adiknya, Zakir dan ibunya dalm sebuah keluarga sederhana di Mumbai. Rizwan ni beza dgn bdak2 lain, semua org xtw penyakitnya termsuk ibunya. Tetapi, dia ada kebolehan istimewa iaitu boleh membaiki hampir smua bnda. Akibat dirinya yg berlainan drpd budak lain, dia telah dibawa kepada tutor persendirian dan diberi lebih perhatian berbanding adiknya, Zakir. Zakir kemudiannya meninggalkan keluargnya utk meneruskn kehidupan di U.S.A.

Walaupun begitu, Zakir telah membawa Rizwan utk tggl bersamanya di San Francisco selepas ibunya meninggal dunia. Tyme nie r Haseena, istri Zakir memberitahunya Rizawan mmpunyai masalah Asperger's syndrome. Rizwan pn mla bekerja dibawah syarikat Zakir lalu bertemu dgn seorg perempuan Hindu bernama Mandira bersama anaknya, Sameer (Sam) hasil dr perkahwinan sebelumnya yg mmbwa kpd penceraian. Mandira bekerja sebgai seorg pendandan rambut. Wlaupun telah dihalang oleh Zakir, Rizwan tetap berkahwin dengan Mandira dan menetap di Banville. Mandra dan Sam mgguna nama keluarga Rizwan iaitu Khan. Mereka berjiran dgn kluarga Garreck. Sam rapat dgn ank llaki kluarga Garreck, Reese manakala Mark, ayahnya bekerja sbg wartawan dan istrinya, Sarah kwn kpada Mandira.


Kehidupan keluarga Khan yg sempurna diggu slepas berlaku tragedi 9/11. Mark pergi berkhidmat di Afghanistan lalu mati di sana. Pada masa yg sma, keluarga Khan diggu oleh mereka2 yg mla anti Islam slps 9/11 termasuk Reese yg mla menjauhi Sam. Suatu petang, Reese dan Sam telah bergaduh yg mmbwa kpd isu perkauman. Sekumpulan plajar2 senior dtg lalu membelasah Sam. Reese cba nk hentikn tp gagal. Mandira yg sgt kecewa menyalahkn Rizwan sbb dia aggp Sam mati kerana namanya berakhir dgn "Khan" (nma Islam). Dia kmudian mghalau Rizwan. Apbla Rizwan bertanya bila dia boleh kmbali, Mandira mmbritahunya dia perlu beritahu sluruh rkyt USA dn President "My name is Khan, I am not a terrorist".


Mka bermulah perjalana Rizwan ke serata USA demi mengejar Presiden Bush yg byk merantau ke serata USA. Antra kisah2 d perjalananya, dia bertemu spasang suami istri Muslim di perhentian rehat smasa dlm perjalanan menaiki bas. Sdg dia sibuk bersembang, tba2 dia tgk jam lalu mmkai kopiah. Pasangan tersebut terkejut dn mmbritahunya , xkn nk solat kt cni? org tgk nti plek plak. Rizwan lalu mnjwb, kita solat bkan sbb org, niat kna ikhlas. Maka Rizwan pn solat sorg2 kt tgh pdg sambil diperhatikn org lain. Rmai yg plek dn ad yg ambl gmbr lg. Selepas itu, dia pegi ke sebuah dinner bersama presiden yg dianjurkn oleh church sluruh USA bg mnderma kpd org kristian Africa. Byrn bg stiap sorg ialah $500. Slpas hulur $500, Rizwan dbritahu bhw dinner ini utk kristian shj. Penjaga kaunter ingin pulgkn duit tersebut ttpi ditolak oleh Rizwan. Dia menyuruh pnjaga tersebut beri duit itu kpada bkan kristian di Afrika.


Dlm perjalanannya utk bertemu presiden, dia telah tiba di Wilhemina, Georgia dn menjadi rapat dgn Mama Jenny dan anknya Joel. X lama lpas 2, slepas solat di sebuah msjid d Los Angeles, dia terdengar perbincngan skumpulan ekstermis Islam yg dketuai Faisal Rahman yg ingin mmbuat jahat. Dia telah mmbuat laporan mlalui telefon kpd FBI ttpi tiada respon d wktu itu. Lpas 2, smasa mnggu presiden Bush, dia tlah mngulang2 ayat "My name is Khan, I am not a terrorist". Rizwan kmudiannye dcampak k pnjara krana salah phm. D pnjra, dia dlayan truk krn dianggp pgganas. Dia kmudiannya dilpaskn slpas kempen media oleh wartawan India iaitu Raj, Komal dan Bobby Ahuja yg mmbuktikn Rizwan x brsalah mlalui pggln telefonnya ke FBI ttg Faisal.


Apabila dlepaskn, dia mmbntu mgsa taufan Wilhemina, Georgia termasuk Mama Jenny dan Joel. Usahanya mnarik perhatian mdia n Muslim sluruh USA utk mmbntunya di sana. Pada masa yg sma, Reese mengaku kpd Mandira ttg pembunuh2 Sam. Mandira mmbritahu Detektif Garcia yg sdg mnyiasat kmatian Sam lalu Reese dn senior2nya dtgkp. Selepas itu, Mandira pergi ke Georgia utk mmbntu Rizwan. Apbila Rizwan ternmpk Mandira, seorg pengikut Faisal menikam Rizwan dan dia dhntr ke hospital. Slps pulih, dia berpeluang bertemu presiden USA yg bru, Barack Obama dn mmbrtahunya "My name is Khan, I am not a terrorist".


Dr crite nie, antara moral yg ak dpat ialah x kira d mana pn kita berada atau dlm keadaan apa sklipn, rukun2 Islam sprti solat wajib dlalkukn dgn pnuh ikhlas krn Allah. Selain itu, Rizwan jga mnunjukkan Islam ialah agama keamanan n love. Byk lg yg ak blaja dr cite nie wlaupun ad prkara yg x brapa elok sprti prkhwinan Rizwan n Mandira. Pape pn, buang yg keroh, ambil yg jernih.

- My name is Mohammad, I am not a terrorist -
Chaos


Episod 2

| | 0 comments

Sedang Nawfas sibuk mengeluarkan pakaian dari begnya, dia ternampak kelibat seseorang sedang duduk dihadapan sebuah loker. Budak itu sedang khusyuk mengemas lokernya sehingga tidap perasan kehadiran Nawfas. Bapak r, serius gila ngemas sampai tak prasan aku, bisik hati Nawfas. Nawfas menepuk bahu budak tersebut. Apabila dia menoleh, barulah Nawfas dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kulitnya gelap dan rambutnya sedikit kerinting.

“ Assalamualaikum. Ko pun budak bilik ni? Aku Adam”

“ Waalaikumussalam. Ya, aku Nawfas. Yang ko khusyuk sangat tu kenapa?”

“ Ko tak tahu ke? 10 minit lagi semua budak baru kena kumpul kat dewan kuliah. Aku takut tak sempat kemas barang je”

Selepas itu, Adam terus memasukkan bebarapa helai pakaian ke dalam lokernya. Belum sempat Nawfas menyentuh begnya, seorang lagi budak biliknya masuk. Dia memperkenalkan dirinya dengan nama Zahir. Badannya sasa dan agak tinggi. Dia memberitahu Nawfas dan Adam ketua pelajar sudah mengarahkan mereka semua untuk ke dewan kuliah.

Di dewan kuliah, suasana sangat riuh-rendah dengan suara pelajar lelaki dan perempuan. Nawfas memilih untuk duduk bersebelahan dengan seseorang yang kelihatan sperti seorang ayah di belakang dewan kuliah. Setelah semua pelajar berkumpul di dalam dewan kuliah, seorang cikgu wanita yang jelita masuk lalu memperkenalkan dirinya, cikgu Hamiah, salah seorang guru kaunseling kolej. Cikgu Hamiah menerangkan tentang minggu orientasi yang bakal dilalui semua pelajar baru. Walaupun ucapannya panjang tetapi tiada seorang pun pelajar lelaki yang tersengguk. Mungkin disebabkan kecantikan cikgu Hamiah.

Selepas lebih kurang satu jam, pelajar dibenarkan untuk ke kantin bagi berehat dan mengalas perut. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk ke dewan kuliah semula. Di kantin, Nawfas memilih sebuah meja yang kosong untuk lepak. Sambil menjamah roti Blueberrynya, Nawfas teringat akan kawan-kawan lamanya di Ma’had. Tiba-tiba, lamunannya terganggu oleh seorang budak.

“ Tak ada orang duduk sini kan? Nama ak Syazlan. Ko?”

“ Nawfas.”

Nawfas mendengus kecil, lagi satu budak mesra alam, bisik hatinya. Sambil menjamah makanan masing-masing, Syazlan bercerita tentang kehidupannya di sekolah lamanya. Syazlan merupakan seorang player Malaya. Ayatnya boleh dikatakan mantap. Mukanya juga boleh tahan kerana ada iras-iras penyanyi antarabangsa, Jay Chou. Selesai sahaja Syazlan bercerita, Nawfas pun bercerita tentang dirinya. Dia tidak tahu apa sebabnya dia bercerita perkara-perkara silamnya kepada Syazlan tetapi dia merasakan Syazlan mampu menjadi rakannya suatu hari nanti.

Selepas itu, Nawfas dan Syazlan bergerak semula ke dewan kuliah. Sambil menunggu cikgu Hamiah, Nawfas kembali bersembang dengan Syazlan yang duduk di sebelahnya. Mungkin ini sebuah permulaan bagi hidup Nawfas. Mungkin dia perlu melupakan kisah silamnya dan mulakan hidup yang baru di kolej ini.

Wanita

| | 0 comments
WANITA

kau ibarat epal,epal yang tidak berkualiti,
amat mudah diperolah,
kerana ia berguguran di tanah..

tapi epal yang berkualiti,
berada di puncak,
susah dpetik dan dicapai,terkadang epal itu risau,
"megapa aku belum dipetik?"
lantas ia merendahkan martabatnya,
dan menggugurkan dirinyamenyembah tanah..

sedang ia telah dijanjikan Allah
begitu tinggi martabatnya,
sehingga tiada siapa berani
untuk memetiknya..
hanya pemuda..
yang benar-benar hebat sahaja,
yang mampu memetiknya..

mungkin bukan di dunia..
tapi di akhirat..
biarlah jodoh bukan di dunia,.
asalkan cinta Ilahi mengiringi..


by Abang
source : Utusan Hawa


LI Crew

Itu Ini

| | 0 comments

ok. ini analisa yg dibuat oleh spuluh kepala yg tgh boring.
oleh itu mereka mengambil kputusan utk memikirkan masalah ummah.
apa kata kita tgk hasil analisa diorg.


ITU

1. Anti-muslimat

2. Ade loaded tp x nmpk sgt

3. Selekeh

4. Selalu naik pentas

5. slalu Mydin

6. buat jahat senyap2

7. x slalu ada di skolah

8. kepakaran minor

9. makan di warong

10. kecoh



INI

1. Ok dgn muslimat

2. Nmpk loaded

3. Sntiase smart

4. Jarang naik pentas

5. slalu Guardian/Watson

6. buat jahat terang2

7. slalu ada di skolah

8. kepakaran major

9. makan di fast food

10. senyap

amacam? dah tgk analisa diorg.

adakah btl? adakah salah?

siapa itu? siapa ini?

no offenses

ini saje for fun

lu pikir la sendiri

LI Crew

Alert, Guys.

| | 0 comments
heyya, crews.

sdgku berjalan dlm dunia blogger. trjumpe satu page ni. sgt mnarik.
really. x caye? check this out.
click here.

antara perkara menarik utk dikongsikan.

utk semua para lelaki.
tolong ambil perhatian.


20 Perkara Wanita Benci Lelaki


1. Meninggikan Suara

2. Main Kayu Tiga

3. Suka 'Cuci Mata'

4. Mengongkong

5. Ego

6. Menipu

7. Perasan

8. Mementingkan Diri Sendiri

9. Kurang Memberikan Perhatian

10. Cemburu Buta

11. Mata Duitan

12. Komited Terhadap Kerjaya

13. Panas Baran

14. Kaki Merokok

15. Pengotor

16. Gelojoh

17. Pentingkan Kawan-Kawan

18. Tidak Tahu Menghargai

19. Putar Belit

20. Suka Control Macho


click here for more information

so take note, guys.

respect them. protect them.
mereka kaum lemah. sensitif gitu.
dont take for granted.

tp aku blom jmpe 20 Perkara Lelaki Benci Wanita
sape ade? share2 la.
nk buat sndri. erm. erm. :P

yours truly,
AA:)