Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa
yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri.
Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah
lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t
tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang
beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui
tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan
tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri
saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan
untuk menyayangi dan disayangi. Walau
bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk
jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang
teman pendamping hidup saya hingga ke akhir
hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan
saya kiranya saya terlupa, dan yang paling
penting wanita yang amat saya percayai untuk
mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang
akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah
letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita
untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di
sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,
banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana
saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup
saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum
pernah bergaul secara langsung dengan seorang
wanita pun dan saya amat peka terhadap
larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana
saya bersekolah di sebuah sekolah menengah
agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun
peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-
sama terpilih untuk mengendalikan sebuah
organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu
saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung
labuh dan sentiasa mengambil berat tentang
auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya
tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir
bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur
langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan
iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-
mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam
mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika
suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya
melihat dia sebagai seorang mukminah solehah
yang amat menjaga peribadinya dan maruah
dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap
dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan
atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan
sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti
kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi
amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah
wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia
mampu mengingatkan orang lain dengan hanya
menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau
sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya
melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan
dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual
dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan
apa yang dia rasa bertugas di samping saya
untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik
dan dari situlah saya mula mengenali dengan
lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun, apa yang memang boleh saya nampak
dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat
kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu
barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang
pernah berbual-bual dengan dia bukan atas
urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi
tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya
berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya
menghubunginya kembali dan menyatakan
hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan
hubungan kami berjalan lancar selama empat
bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga
hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan
mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap.
Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi
saya dialah teman hidup yang sempurna buat
saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke
Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu
perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak
pernah menjangka ummi akan menghalangnya.
Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya
memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan
ummi tidak suka. Saya tidak pernah
menganggapnya sesuatu yang serius
sehinggalah ummi bercakap secara peribadi
dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi
kata-kata ummi yang buat saya tak mampu
membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit
what you are doing right now. I haven't heard
from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship
between male and female except for what is very
important and official between them."
"So, may I know what kind of relationship you
are having now and I want to hear it from your
mouth that it is legal in what you have been
learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what Allah
has stated as wrong and proven false by the way
Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't
even have anything to defend it as blessed if the
first step you make is by stepping into what He
has prohibited."
"You can't have a happy family if Allah doesn't
help you so, and you must know in every family
that stands until their dying day, they have Allah
on their side. You can't expect Him to help you if
you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana
semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah
lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk
melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui,
saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan
apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai
cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah
redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali
perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah
saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab
Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang
menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi
saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak
mampu untuk menundukkan kemahuan hati
saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya
kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan
saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision
like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan
dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan
kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang
tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang
terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada
ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak
sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat,
janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia
akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh
lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada
apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup
saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali
tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa
dihantui oleh perasaan berdosa.
Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan
kembali segala kesilapan yang telah kami buat.
Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami
dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan
ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.
Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran
kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat
lemah. Aku tidak mampu melawan godaan
syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan
nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya
untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri
saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang
calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya
satu dalam sejuta. Mana mungkin saya
melepaskan apa yang amat berharga yang
pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian
saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan
melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat
itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya
untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang
insan yang amat mulia sebagai teman dalam
hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak
tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan
yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab
berjalan antara lelaki dan perempuan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa
a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun
dahulu?
source : Faedz Nordin
by: LI Crew