Bagan Serai 140510

| |

14 May 2010

bangun pagi-pagi, gosok gigi, mandi wangi-wangi. keluar rumah menuju ke stesen bas.
naik Rapid Penang terus ke jeti. oleh kerana tak breakfast lg;
Gardenia Jagung dgn Nescafe Mocha jd pilihan.
breakfast la aku atas feri sambil meluhat keindahan laut di Penang. ecece.

sampai Butterworth. ambik bas ke Parit Buntar.
dr situ terus naik Red Omnibus ke Bagan Serai.
semestinya seseorg sedang menunggu ku di situ.
siapa lg kalau bukan dia.
dia dgn helmetnya berdiri segak di sebelah moto putihnya.
mentang2 dh ada lesen. haha.
dia kembar aku. Akif.

gah kan bas ni?

sekali lg diberikan peluang pegi ke rumah Akif. ada kenduri kesyukuran dan doa selamat. sampai je berjumpa la dgn parents beliau, abg Azraff dan lain2. nak kenduri, mesti meriah. seorang bdk pmpn kecik pn ada, Nurin atau org pnggil dia Along. becok btl mulut. haha.
adik Afiq dgn Safuan blk, memang kecoh.

main game di C510

maka kami sama2 la buat kerja2 utk kenduri. pasang khemah, meja, kerusi,
bla bla, yada yada dan mcm2 la lg.
then solat Jumaat memandangkan seruan azan sudah memanggil.

lepas Jumaat rehat2 la dulu. layan kerenah Along ni. nak manja2 pulak. aduh.
then pegi cc berdekatan. online jap layan fb dgn Fifa 10. pastu merempit balik ke rumah.

bersama Along. kehkehkeh

on the way balik, kami menyaksikan kejadian kemalangan sebuah kereta real depan mata.
dasat oh. sbb nk mengelak kereta, terus kereta terbabas redah 3 buah rumah.
naseb ada tiang, kalau tak mmg tak stop la keta tu.
lepas 2 mmg ramai la org kampung dtg tgk. kami saksi utama. haha.
alhamdulillah takde nyawa yg hilang. harta benda tu ada la.
pagar terus jd penyek, kereta org calar, motor satu down dan lain2.

view dekat

ramai oh datang

pegi kedai nak beli ais batu. Along plk jerit2 nak ikut. so bwk je la dia skali merempit.
masa nak lalu kat titi tu, sesuatu tak disangka terjadi.
cmne ntah moto jd tak stable, terus terbalik.
nasib tak masuk longkang uh. Along dh jerit2 dah ketakutan.
ktorg relax je. haha. titi tu terkeluar satu.
abg Mat dtg tengok. wahaha. 2 la. tadi jd saksi. sekarang abg Mat plk jd saksi.

petang tgk first set semi final Piala Thomas antara Datuk lee Chong Wei dgn Lin Dan.
tak yah ckp la. malas mau komen. pegi mandi.
lepas solat, ktorg terus buat kerja2 yg belum siap.
then solat isya' kat masjid.

lepas Isya', majlis bermula dgn bacaan Yaasin dan bacaan tahlil.
ktorg plk tolong la sediakan yg lain yg belum siap. settle majlis, semua mula menjamu selera. so mmg kalut la nak jaga semua. pinggan, lauk pauk, air basuh tangan bla bla. lastly ok la jgk. majlis selesai. alhamdulillah.



sembang dgn budak tu. nak masuk asrama dah nanti. mula2 malu konon nak datang. kna teman bru datang. nak makan masakan Akif la katakan. haha.
pape pun all the best, Wani. :)

pastu teman abg Azraff pegi hantar mak long blk umah. on the way balik minyak nak habis. mmg saspen. bila2 je keta boleh mati. fuuh. alhamdulillah sempat sampai stesen minyak.
then balik 2 cite psl hantu dan kejadian2 pelik sepanjang jalan kat Bagan Serai tu. wah.

sampai rumah settlekan apa yg patut. tetamu pn dah balik. pukul 1 pagi baru ktorg makan berdua. fuuh. memang penat hari tu. tp best. puas. haha. pukul 2 terus tido.

esoknya, lepas breakfast aku bertolak balik ke Penang. mcm biasa Akif hantar aku ke Bagan Serai. berpisah lg kat situ. terus menuju balik ke Penang.
special thanks to Wani, Akif and family. insyaAllah kita jumpa lg. :)

AA:)

0 comments: