pada suatu hari, dalam minggu sebelum SPM
masa ni tingkatan 4 dah balik dah.
tinggal form 5 dengan upper 6 je.
"weh. hang ada bagi orang guna CPU hang ke?"
"aku takde bagi sapa2 pun. tapi budak MMU je la tau password CPU tu pun. awat?"
"yeke? tapi tadi aku nampak dia tu guna CPU hang."
"eh. pehal lak? dia buatpa dengan CPU aku tu?"
"entah. dia bukak segala files yang ada. mana aku tau"
"budak ni. hish."
dan aku melangkah dengan perasaan geram terus ke bilik KP;
masuk masuk je ada la beberapa orang tengah layan komputer KP,
tapi CPU aku kat bwah tu, Qbear tengah guna.
"Qbear, budak tu buatpa dengan CPU aku?"
"eh. dia takde buat pape pun. aku je guna dari tadi."
"tadi bukan dia guna jap masa hang tengah guna ke?"
"mana ada mana ada."
"jangan nak sorok pape dari aku aa, bear"
rasa nak tumbuknya dinding bilik KP tu. handphone dikeluarkan
dari poket. sms ditaip dengan pantas.
"woi. kau nak cari pasal dengan aku ke apa?"
sent. dalam beberapa minit dpat reply.
"aku buatpe kt kau?"
baling batu sorok tangan dalam baju eh. nampak sangat la weh.
"kau buatpe dengan CPU aku?"
"aku tak buat pape pun. asal?"
"kurang asam eh kau. siap kau aku jumpa nanti"
phone disimpan kembali dari poket. hati aku sangat geram.
nak study pun dah takde mood. hish. makan kaki jugak budak ni.
kemudian petang itu, terjumpa budak tu kat bilik rehat.
muka dia macam takut dan hairan bercampur pelik
"kau guna CPU aku tadi buatpe?"
"eh. mana aku ada buat pape. aku tak tau pun yang tu CPU kau"
"aku tanya kau buatpe dengan CPU aku?"
"aku tak buat pape la. aku tengok Qbear guna je tadi"
"kau jangan tipu la. ada orang nampak kau."
"betul la. aku tak buat pape pun laa."
"jangan tipu la. aku nak bagi amaran kat kau. kau jangan nak buat perangai BADAR kat sini. apa mau explore2 CPU aku? kau nak cari apa? cerita lucah? game? lagu lagho? kau ingat ni CPU welfare ke apa. weh. dah hujung tahun la. kalau kau nak cari publisiti untuk naikkan nama BADAR pun, takyah cari pasal dengan aku. jaga diri kau baik2 dah la."
suara ditinggikan. semua orang yang lalu kat bilik rehat memandang kami dengan muka yang pelik. apa hal la dua orang mamat ni bising2 kat sini. biasa la. hati tengah panas semua orang memang aku dah tak kisah dah. aku tinggalkan dia dengan muka yang tidak dapat ditafsirkan.
******
tu la satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. dak aku yakin dia pun tak dapat lupakan. haha.
kitorang gado sekejap je. esok tu aku mintak maaf balik. memang la bila hati tengah panas dengan faktor2 yang lain membuatkan kepanasan tu semakin membuak-buak. fuuh. naseb dia la cari pasal dengan aku masa tu. semua lepas kat muka dia.
dan tak sangka lepas SPM, kitorang ditempatkan di tempat yang sama;
bekerjasama dalam satu society, satu team pulak dalam volley.
ada jugak study sama2, mintak tolong kalau ada pape.
betul la pe yang dia cakap;
"budak KISAS, musuh camne pun; tapi bila kat luar mesti mintak tolong sesama sendiri jugak."
betul kot. sebab rasanya lebih percaya budak KISAS sendiri daripada kawan2 lain kan.
sekarang dah ok la kan. lepas ni macam mana? adakah akan berperang lagi? oleh kerana faktor2 tertentu. haha. rasanya tidak. pengalaman mematangkan kami. semakin hari semakin matang. masing-masing dah pandai fikir kan. insyaAllah okay je sampai bila bila.
yours truly,
AA:)
AA:)
0 comments:
Post a Comment