Hari ini pendaftaran pelajar- pelajar tingkatan 4 bagi sesi 2008. Kolej Indera Kayangan sesak dengan pelajar-pelajar dari kesemua 14 negeri di Malaysia. Kehadiran mereka disambut mesra ketua-ketua pelajar. Dewan kolej dihiasi dengan indah sekali. Tangisan dan gelak ketawa memeriahkan lagi suasana di dewan tersebut. Namun begitu, kelihatan seorang pelajar sibuk berbicara dengan ibunya tanpa menghiraukan suasana yang meriah tersebut.
“ Umi, Ma’had dah ok. Ramai pelajar dapat straight A kat sana. Fas tak nak ke sekolah ni. Sekolah ni buruk r Umi,”
“Nawfas, Umi dah cakap. Fas akan tetap belajar di sini sampai habis tingkatan lima. Muktamad. Umi tak nak dengar lagi rungutan Fas. Lekas daftar diri,”
Nawfas mendengus kecil. Dia begitu kecewa dengan keputusan ibu bapanya yang memaksanya berpindah ke Kolej Indera Kayangan. Baginya, sekolah lamanya lebih baik dan dia susah untuk meninggalkan rakan-rakannya yang sudah rapat dengannya. Dengan langkah yang berat, die maju ke meja pendaftaran. Ketua pelajar tersebut memberikan salam dan menghulurkan fail berwarna hijau kepadanya. Selepas memberikan panduan tentang aktiviti berikutnya, Nawfas mengangkat bagasinya ditemani ibu bapanya ke asrama yang terletak di seberang jalan.
Dalam perjalanan, dia ternampak Syakirah. Kenalan di sekolah lamanya. Syakirah menghampiri ibunya dan berbicara dengan penuh ceria sekali. Nampaknya Syakirah begitu teruja untuk belajar di sini. Setelah bosan menunggu ibunya bersembang, dia meminta diri untuk ke tandas. Selepas menanggalkan cermin matanya, dia menyapu air ke wajahnya. Sambil merenung ke cermin, dia teringat akan Laila, kekasihnya. Memang dia menjadi igauan ramai di sekolah lamanya kerana wajahnya yang iras-iras Tom Cruise namun Laila yang menjadi pilihan hatinya kerana keikhlasan hati Laila. Tiba-tiba, dia tersentak dari lamunan setelah bahunya disentuh.
“Ko pun budak baru kan? Ak Nazrul dari Melaka. Salam perkenalan,”
“Ak Nawfas. Selangor. Ak ada hal sikit. Nanti sembang lagi kalau berkesempatan,”
Nazrul mengangguk sambil tersenyum kecil. Benci betul budak-budak mesra alam ni, bisik hati Nawfas. Ibu bapanya sudah selesai bersembang dengan Syakirah dan sedang menunggu di gazebo kolej. Dalam perjalanan ke asrama, dia ternampak sebuah keluarga yang baru tiba. Berdasarkan nombor plat keretanya, mereka dating dari Pulau Pinang. Salah seorang dari mereka memakai baju sekolah. Pelajar baru tersebut bersalaman dengan kedua ibu bapanya. Nawfas terdengar perbualan mereka.
“Doakan Thaqif taw ye Umi. Cuti seminggu nanti Thaqif balik,”
“Ish Thaqif ni, blum apa-apa dah fikir nak balik,”
Selepas itu, kedengaran gelak ketawa. Nawfas berdengus kecil lalu meneruskan perjalannya ke asrama lelaki. Dia telah ditempatkan di blok A yang merupakan bok bagi pelajar-pelajar rumah sukan Abu Bakar. Biliknya bernombor A104. Selepas membuka pintu biliknya, dia tergamam. Keadaan bilik itu tidak ubah seperti stor di rumahnya. Sangat serabut. Setelah beberapa ketika, ibu bapanya datang sambil membawa barang-barangya. Mereka tersenyum melihat keadaan bilik tersebut. Selepas bersalaman, mereka beredar dari situ. Nawfas memilih katil atas kerana katil bawah sudah berpunya. Selepas meletakkan begnya di atas katil, dia termenung. Bermulah penyeksaanku di tempat buruk ni, bisik hati Nawfas..
P/S : Ak maseh bru dlm bidg nie.. pliz komen.. (Chaos)
1 comments:
wahaha. trbaik ah. lawa2. sgt mnarik. buat btol2. nnt kmpul buat novel. bole jual wo. haha. keep it up! -AA:)-
Post a Comment