Khas Buat Dirimu

| |
KHAS BUAT DIRIMU

Pernah seketika dulu saya rasa saya
tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak
suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya
menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat
emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur
mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang
gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak -budak lelaki semua kata
saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Mema ng lumrah manusia..
Seoaran g lelaki akan tertarik kepada
wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada
yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam
boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang
pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk
ber'couple' ..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang
paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-
sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..Saya selalu call awak,awak
pun selalu
call saya..
'gayut' malam-malam..kadang- kadang
saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan
masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
& lt;BR>Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sik it gurau-gurau
Sikit -sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-
sama..
Untuk diri ini,terasa amat
bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini
dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang
saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdu lillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya
banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah
manusia..m enginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan
diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak
tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu
untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan
perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak
brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang
salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegan g tangan dan macam-macam
lagi. .
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku
maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk
sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan
masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal
sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah
itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang
tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabka n oleh
Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-
A'raf,
sur ah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab
merekade ngan azab yang amat keras?"
Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah
pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang
buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh
sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-
depan..huh u~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia
bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan
untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-bo rak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study
dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadan g bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-maca mlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran
seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan ) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baq arah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak
kekurangan ,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih
dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah
kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.& lt;BR>(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan
kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya
alim ,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenar nye ber'couple' ni boleh ke
tidak?
Adak ah selama ini saya hanya
menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila
mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan
perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam- macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti
satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman
saya mengenai dakwah akan lebih
mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam
bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan
lupa baca Al-Quran hari ini, solat
awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-
mengingati .."

* *****

Majlis malam itu berakhir dengan sesi
ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk
aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program
sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba- tiba saya tergerak hati untuk
bertanya dengan fasilitator yang ada
di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk
tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis
tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je
la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother'
fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek
terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya
sikit
bo leh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya
apa?"

"E r..macam ni,sebelum saya terlibat
dengan dakwah ni, saya ada kenal
seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla
setakat kawan biasa..rapat gak la.
Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple.
Nanti apa pula brother tu kate..mesti
dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas
tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak
bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki
akan tertarik kepada perempuan, begitu
juga perempuan akan tertarik kepada
lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu
perlu dikawal dan ada batasnya.
Pergaul an perlu dijaga. Allah firman
dalam surah Al-Isra', surah ke 17,
dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhny a zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang
kami ni menghampiri zina. Niat kami
baik. Saya dah cuba sedaya upaya
mengawal perhubungan kami. Sms pun
takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi
tazkirah lagi. Kami selang-selang
bag i, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi
ingat, niat tak pernah menghalalkan
cara . Yang batil tetap sahaja batil,
yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat
ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia,
dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tem pat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-pe rbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangka n mereka adalah orang-orang
yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni,
sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang
indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam,
maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi
ingat, syaitan itu sangat licik. Dia
akan sedaya upaya buat nta terjerumus
ke dalam kemaksiatan. Lagipun,
takkanlah sepanjang masa nta sms
dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada
masanya nta hanya melayan perasaan
dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya
kata, "Tapi bang, saya dah janji
dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya
tahu kalau berjumpa nanti banyak
bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami
sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia
boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa
dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina
kaki. kalau nta janji taknak call die
pula, nta dapat elak zina telinga dan
zina lidah. Tapi akh..masih ada zina
yang tetap nta tak dapat elak apabila
bercouple .."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang
Rasulullah jelaskan dalam hadithnya
tentang bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh 'check' dalam Riyadahus
Solihin , bawah bab larangan melihat
wanita. Rasulullah bersabda, mata
boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh
berzina dengan berpegangan. Kaki boleh
berzina dengan berjalan ke arah tempat
maksiat. Hati pula boleh berzina dgn
merindui, mengingati dan membayangi si
dia. Hakikatnye, macam mana pun nta
buat, nta tetap tak dapat lari
daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak
dikata. Semua yang brother tu kata
tiada yang salahnya. Kemudian dia
sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama
daripada nta. Sejak sekolah sampai dah
masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana
sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan. Ana siap dah fikir,
dialah bakal isteri ana, yang akan
jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau
nak diikutkan lagi besar masalah ana
daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-
kawan dia kata. Dulu saya selalu minta
tolong mereka untuk rapat dengan dia.
Mesti nanti mereka semua tak puas hati
dengan saya. Dan dia sendiri pula,
saya takut apa-apa akan jadi pada dia
kalau dia tak dapat terima keputusan
ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu
betul. Menangis depan brother tu
cerita pasal benda ni. Nasib baik tak
ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati
pun, mereka boleh buat apa? Paling
teruk pun, mereka akan mengata di
belakang nta. Nta tak kurang sikit
pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita
nak cari redha Allah, biarlah orang
nak kata apa-apa sekali pun, yang
penting redha Allah. Kalau Allah tak
redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari
sudut positif, mungkin dia akan terima
keputusan nta scara matang. Mungkin
dia juga akan buat keputusan untuk
tidak lagi bercouple. Ana yakin, die
takkan buat apa-apa perkara bodoh.
Kalau die buat sekalipun, itu bukan
tagguungjaw ab nta, apa yang nta nak
buat tu betul, meninggalkan maksiat.
Semua orang akan tanggung balasan atas
perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa
itu saya menangis, saya dah sdar yang
saya kena berhenti couple. Dah jelas
sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.
Ana terangkan pada dia hubungan yang
dibina itu salah. Minta maaf, kita
berakhir di sini. Tolong jangan cari
saya lagi. Lepas itu ana terus tukar
nombor. Ana tak hubungi dia langsung
lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia
lagi ke? Tapi bang, saya ade juga
kawan perempuan lain, boleh pula saya
hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah
ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau
nanti ditaqdirkan nta satu universiti
dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena
pula buat group discussion, masa tu
nta hanya layan dia hanya sebagai
group discussion partner."

Tib a-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni
gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal
sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la
bang. Boleh tak saya tunggu sampai
saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan
benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia
jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu
tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu
dibina. Allah tidak akan mengubah
keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu
mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh
rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat
11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila
baru nak tinggalkan couple ni..abang-
abang fasilitator ni pun ramai yang
pernah couple, bila masuk dakwah,
mereka tiggalkan."

A lamak...tak boleh lari lagilah
nampaknye ..saya rasa macam brother ni
paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas
rasanya..Nampaknyasaya kena
tiggalkanla benda ni gak ye.
Macam tak larat rasanya nak tekan
button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong
tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip
sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu.
Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku
tangguh-tangg uh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak
tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya
dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,
inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama
ini hubungan kita salah di sisi Islam.
Saya ingat dengan mengubah cara
pergaulan kita, ia dah dibolehkan,
tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya
harap awak akan istiqamah meneruskan
peruba han yang awak dah buat, kerana
Allah. Saya minta maaf atas segala
yang dah berlaku. Kalau ada jodoh
insya-Allah , akan bertemu juga.
Assalamuala ikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk.
Saya masih tak mampu nak ucap selamat
tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya
hanya akhirkan dengan ucapan salam.
Lepas beberapa ketika..saya tekan juga
button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup
saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya dah hantar 1 sms, dan
clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan
linangan air mata..tak sangka..mmg tak
disangka..Say a memang tak pernah
terfikir untuk clash, tapi itulah yang
terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba- tiba saya teringat ayat
Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajib kan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci. Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus
sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk, bukan
senang,tapi saya terus cuba. Saya
selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan
pada orang, couple haram, tunjuk
segala dalil.. Macam-macam yang
berlaku..ada kritikan..ade gk yg
stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms
daripada awak..awak bagi gambar
bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan
saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan
rasanya" . Lepas tu saya hantarlah sms
ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada
mendapat keredahaan ilahi..seindah
ma napun gubahan pertama tu, selagi tak
mendapat keredahaanNya, tetap tiada
gunanya..Assalamualaiku m..saya tahu, dulu saya
cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah
akan bertemu juga. Tapi saya taknak
awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah
yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakka n pernah mengecewakan
itul ah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

- Yang Terakhir- "

[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang
terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.

Al-Israa (surah 17, ayat 32)
"Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."




Renungkanlah...
-LI Crew-
anti couple!

3 comments:

adobemujahidcs3 said...

cter dh smat...tp pnjg sgt...ak pn x lrt nk bcer....

Hazwan Hakim said...

pergh..terbaik r..salute r pada kamu~

icha said...

thanx 4 the story.. ia benar2 menginsafkan sy.. trima ksih bhyak2.. insyaallah.. akn mnjadi pegangan.. no couple!! love study b4 u love somebody..