Happy Teacher's Day
Posted by LI Crew | Labels: LI Crew | 0 comments




MMU copyrighted
it's not about which card is awesome
it's not about who designed the card
it's not about when the card is completed
it's about how our teachers are meaningful
it's about how we express our love to them
it's about how we appreciate their deeds
it's about how we can stand still now
and look forward to our future
it's about you, teachers. :)
we love you
Happy Teacher's Day
LI Crew
Bagan Serai 140510
Posted by LI Crew | Labels: A2Z, AA:) | 0 comments14 May 2010
bangun pagi-pagi, gosok gigi, mandi wangi-wangi. keluar rumah menuju ke stesen bas.
naik Rapid Penang terus ke jeti. oleh kerana tak breakfast lg;
Gardenia Jagung dgn Nescafe Mocha jd pilihan.
breakfast la aku atas feri sambil meluhat keindahan laut di Penang. ecece.
sampai Butterworth. ambik bas ke Parit Buntar.
dr situ terus naik Red Omnibus ke Bagan Serai.
semestinya seseorg sedang menunggu ku di situ.
siapa lg kalau bukan dia.
dia dgn helmetnya berdiri segak di sebelah moto putihnya.
mentang2 dh ada lesen. haha.
dia kembar aku. Akif.
sekali lg diberikan peluang pegi ke rumah Akif. ada kenduri kesyukuran dan doa selamat. sampai je berjumpa la dgn parents beliau, abg Azraff dan lain2. nak kenduri, mesti meriah. seorang bdk pmpn kecik pn ada, Nurin atau org pnggil dia Along. becok btl mulut. haha.
adik Afiq dgn Safuan blk, memang kecoh.
maka kami sama2 la buat kerja2 utk kenduri. pasang khemah, meja, kerusi,
bla bla, yada yada dan mcm2 la lg.
then solat Jumaat memandangkan seruan azan sudah memanggil.
lepas Jumaat rehat2 la dulu. layan kerenah Along ni. nak manja2 pulak. aduh.
then pegi cc berdekatan. online jap layan fb dgn Fifa 10. pastu merempit balik ke rumah.
on the way balik, kami menyaksikan kejadian kemalangan sebuah kereta real depan mata.
dasat oh. sbb nk mengelak kereta, terus kereta terbabas redah 3 buah rumah.
naseb ada tiang, kalau tak mmg tak stop la keta tu.
lepas 2 mmg ramai la org kampung dtg tgk. kami saksi utama. haha.
alhamdulillah takde nyawa yg hilang. harta benda tu ada la.
pagar terus jd penyek, kereta org calar, motor satu down dan lain2.
view dekatpegi kedai nak beli ais batu. Along plk jerit2 nak ikut. so bwk je la dia skali merempit.
masa nak lalu kat titi tu, sesuatu tak disangka terjadi.
cmne ntah moto jd tak stable, terus terbalik.
nasib tak masuk longkang uh. Along dh jerit2 dah ketakutan.
ktorg relax je. haha. titi tu terkeluar satu.
abg Mat dtg tengok. wahaha. 2 la. tadi jd saksi. sekarang abg Mat plk jd saksi.
petang tgk first set semi final Piala Thomas antara Datuk lee Chong Wei dgn Lin Dan.
tak yah ckp la. malas mau komen. pegi mandi.
lepas solat, ktorg terus buat kerja2 yg belum siap.
then solat isya' kat masjid.
lepas Isya', majlis bermula dgn bacaan Yaasin dan bacaan tahlil.
ktorg plk tolong la sediakan yg lain yg belum siap. settle majlis, semua mula menjamu selera. so mmg kalut la nak jaga semua. pinggan, lauk pauk, air basuh tangan bla bla. lastly ok la jgk. majlis selesai. alhamdulillah.
sembang dgn budak tu. nak masuk asrama dah nanti. mula2 malu konon nak datang. kna teman bru datang. nak makan masakan Akif la katakan. haha.
pape pun all the best, Wani. :)
then balik 2 cite psl hantu dan kejadian2 pelik sepanjang jalan kat Bagan Serai tu. wah.
sampai rumah settlekan apa yg patut. tetamu pn dah balik. pukul 1 pagi baru ktorg makan berdua. fuuh. memang penat hari tu. tp best. puas. haha. pukul 2 terus tido.
esoknya, lepas breakfast aku bertolak balik ke Penang. mcm biasa Akif hantar aku ke Bagan Serai. berpisah lg kat situ. terus menuju balik ke Penang.
special thanks to Wani, Akif and family. insyaAllah kita jumpa lg. :)
AA:)
99 Isteri
Posted by LI Crew | Labels: LI Crew | 0 commentsadakah anda tahu?
ada seorang hamba Allah yg mempunyai 99 isteri?
tak tahu? nak tahu? click below
He Who Got 99 Wives
so the conclusion/morals?
zalim atau adil?
keperluan atau kehendak?
hati atau nafsu?
fikir. muhasabah.
LI Crew
ada seorang hamba Allah yg mempunyai 99 isteri?
tak tahu? nak tahu? click below
He Who Got 99 Wives
so the conclusion/morals?
zalim atau adil?
keperluan atau kehendak?
hati atau nafsu?
fikir. muhasabah.
LI Crew
Cerita Kueh
Posted by LI Crew | Labels: LI Crew | 0 commentsHari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat
Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum.
Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya.
"Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.
Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!
~sumber internet
pengajaran utk semua
LI Crew
Subscribe to:
Comments (Atom)