17 Never Comes Again

| | 1 comments
Spatutnye post ni dtulis sblm raye, tp xpe r. Tlis je. Pada 9 September 2009, telah diisytiharkan bahawa AA:) telah mencecah umo 17 buat julung2 kalinye. Bukan senang nk capai 17 uh. Sekali je seumo idop. 2 pun blum tntu sume org ley dpt. Disebabkan bufday mamat 2 jatuh pada ari Rabu, kitorg x dpt nk prepare pape. Adiah sume x dibeli. Makanan pn AA:) sendri yg sponsor. Huhu =_=".

Ni je yg kitorg mmpu

Hadiah plak? 2 yg problem terbesar. Maka Chaos, Mayama, A2Z n Seeker pn berbincang. Pikir punye pikir, Chaos dpt satu idea yg ntah bernas or x. Die amek buku resipi ap ntah kt bilik grakan pastu koyak 2 muka surat dr buku 2. Die ckp die nk wat 2 kotak. Isi kotak 2 die ckp nk letak ucapan bdk2 laki yg baek dgn kitorg. Seb bek kotak 2 lawa. Kitorg bru je plan nk mntk sign bdk2 "sana" tw2 diorg dh bagi. Maka siaplah adiah utk AA:). X gune satu sen pon. Maklumlah, ekonomi gawat.

One from home, one from away

Bagaikan org ngantuk disorongkn bantal, Abg Fendi tiba bersama aweknya, NOrKIAh sabtu 2. Maka kitorg pn remake r bufday AA:) dgn mengoder makanan ruji kitorg, pizza. Disbbkn Chaos wat jnji plek ari 2, die yg sponsor pizza2 tersebut.

Tiga org mamat tayang jaket baru

Lastly, kitorg dr LI ingin mengucapkan hepi bufday kpd AA:). Nantikan 28/11 nti k. Haha..

HEPI BUFDAY AA:)

Selamat Hari Raya!

| | 2 comments
Seperti biasa, seorang yang amat disayangi oleh rakyat Malaysia...
Penyimpan Mohor2 Besar telah duduk menghadap kamera utk disiarkan di TV
Sofa warna biru menjadi pilihannya utk duduk
Pakaian baju Melayunya amatlah segak tak terkata
Maka dengan bangga dan cerianya dia seraya berkata..

"Assalamualaikum wbt. Dengan ini saya Penyimpan Mohor2 Besar ingin mengisytiharkan bahawa...

Tarikh Hari Raya Puasa pada tahun ini jatuh pada...

1 Syawal 1430H, 20 September 2009, hari Ahad

Sekian sahaja Pengumuman Hari Raya Puasa. Assalamualaikum wbt."

Alhamdulillah!

Fuuh. syukur sgt blh sambut Aidilfitri jgk thn ni. syukur dpt puasa penuh sebulan.
syukur dpt buat terawih tiap2 malam. dan mcm2 lg ar. kalau nk tw pe yg dibuat msa bulan Ramadhan ni, refer blk kt video yg ditayangkn oleh MMU msa majlis pnutupan Ihya' Ramadhan. klau sape yg x tw mksdnya x pegi mussola aspuri la tu. haha. nasib ar korg. tp insyaAllah ktorg akn post psl Ihya' Ramadhan tu klau ada mase dan kesempatan.

KISAS membnarkn para pelajar blk kampung hari Khamis, iaitu lps exam. smua org amatlah bergembira. paper Sejarah 1 dah mcm xde pape da.
Cikgu Saadiah siap ckp "kamu bntai je la. setengah jam dah hbs pn xpe. cikgu x marah." haha.
mmg memahami btl la. so smua prancangan telah dibuat. kputusan utk ktorg blk kampung.

Abg - Khamis
Seeker - Khamis
Chaos - Khamis
Fye - Khamis
A2Z - Khamis
AA:) - Jumaat

fuuh. AA:) sorg je yg lmbt sket. yg len sume awal. x ksah la. janji sume slamat blk kampung utk beraya. kn? kn? kpd KISASian yg len,

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG!

Di sini kami ingin sangat la meminta maaf sekiranya ada:

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERusik yang sengaja
dan segala mcm TER lagi

kpd smua KISASIAN, guru2, ibubapa, sepupu sepapat, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, dan muslimin sekalian...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas dari,
LI Crew

"Salam Aidilfitri"

'NIKMAT' Berbuka....

| | 2 comments
Ramadhan datang lagi...Alhamdulillah aku still bleh brnafas menghirup udara yang masih lg free...and itulah tanda Allah maha Pemurah...nikmat yang diberikan kpd semua hamba nya..x kira bangsa dan agama..tp Kasih Allah yang mmbezakan nilai seorang hamba dari hamba yang lain...aku harap aku mndapat Kasih dariNya..Amin...
cakap pasal nikmat..tringat aku waktu kitorang b'buke ari tu..mmg 'nikmat'..
Petang tu..aku ngan AA:) p kantin beli air...cam bese r..tuk b'buke r..ade r dalam 2 3 bungkus..

sampai asrama plak..kitorang plan nak makan kat ats..so..kne r brangkut dri dewan makan..hehe..kerja seludup menyeludup pun bermula..selamat kat khalid je..dekat ckit..
lpas mandi and siap2..kitorang pun ready r tuk buke..tp aku tgk air macam x cukup je..aku soh r sape2 p amek air lg...tp kne marah ngan jamil sbb die cakap air dah byk..aku cakap r yang aku sorang pun bleh abis satu btol 2...
tp x amek gak last skali...


lepas abih je makan...air ade lg setengah botol...waktu 2 mmg sume orang dah full..termasuk la aku..
pastu Jamil cakap.
"tadi aku dengar ade orang cakap air tak cukup...skung soh die bg abih sume air.."

pastu sume pandang aku...giler pe..air setengah botol tambah air yang beli kat kantin dalam keadaan perut yang mmg dah full and tunggu nak pecah...

"aik..td cakap satu botol pun die sorang bleh abih...."Jamil cakap.

tp dengan tanpa segan silu nye aku membalas,
"aku nie laki r...pantang dicabar...."
pastu aku kne abihkan sume air 2...
bapak banyak...setengah botol + air bape bungkus g...
act.. aku mmg dah full gler....ditambah dngan kata2 'peransang' yang Chaos,Seeker,Jamil ngan Roy skali...mmg aku rse nak give up dah waktu 2....tp...lpas AA:) cakap sumthing yang mlibatkan DIE, aku terus abih kan sume air 2...

kow2 senak..
aku risaw terkluar balik je...slamat tak..tapi mmg sekse giler nak solat..nak rukuk..pehh..senak giler...

lepas maghrib plak..perut plak sakit...dah r khalid xde air waktu2 genting camni....kne r angkut air...
tp lepas tu rase r tenang sikit perut nie...
mmg nikmat...
tp an...peristiwa nie ingat kan aku tuk bersyukur..2 la..setiap sesuatu tu ade hikmah nye...tp aku ttp tension...kne ngan diorang...arghhh...xpe korang....slamat bulan pose je...

tp bersempena hari raye nie, aku nak mintak maap kat sume org yang aku kenal...x kisah r kat skul ke..kat mne2 r..mintak maap banyak2..aku taw aku banyak wat hal..hehe...bese r laki kne nakal..mintak maap banyak2..
salam syawal ku hulurkan...

Lelaki Idaman

| | 1 comments
Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Persoalan yg slalu bermain di hati kami...

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat Papa memiliki akhlak mazmumah Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Ajari aku tuk jadi pria terhebat
-LI Crew-

Hati Adalah Radar Yang Ajaib

| | 0 comments

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.


Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.


'Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah.


Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)


Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)




Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)