An Attack

| | 0 comments
satu panggilan telefon diterima.
tak sempat angkat. miskol drp no yg tak diketahui
eh2? sapekah?

no tersebut didail. panggilan bersambut.

"hello. salam. sape ni?"
"ko tu sape?"
"___"
"___ mana plk ni?"
"ko sape plk?"
"ko takyah tau aku sape?"
"erk. ada pe ye?"
"ko kco awek aku kn? ko mmg cr nahas la!"

no dilihat kembali. seyes unknown number.

"awek ko yg mane eh?"
"buat xtau plk."

satu nama disebut. erk.

"aku ada kco ke? cmne aku kco?"
"ko yg kco buat2 x tau plk"
"call you later"

meeting MRC. talian diputuskan.
sms diterima.

"woi! lahnat! klau awek ak lapor lg siap ko!
ko mmg cri nahas r! aku cr sampai dpt. malaun ko!"

"ko sape eh? ble plk aku kco awek ko?"

"____"

nama tersebut diulang. erk.

"jap2. ko tau tak sape aku?"
"tau la"
"sape?"
"____"

satu lg nama disebut. memeranjatkan.

haih. kids.

LI Crew

Fine. My Fault.

| | 0 comments
dah.

aku dah betulkan dah.

maaf.

aku salah.

teruskanlah dgn sebarkan virus II korang uh.

aku ikhlas ni.

ok?

Kenapa Lelaki Benci Wanita

| | 0 comments
Kenapa Lelaki Benci Wanita

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini
boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang
selekeh,kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau
cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah
kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila
ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga
tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,
ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika
mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dari segi perangai sehingga seseorang
wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan
lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lejaki mempunyai ego mereka yang tersendiri.
Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.
Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Misalnya men-cabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak ....."

daripada seorang kwn; Nur Izzaty

Etika dan Batas

| | 0 comments

Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita
Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam.

1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

daripada seorang kawan; Nur Izzaty

We Care

| | 0 comments

Yup. We do support. We do care ;)
may Allah bless