Minda Berasakan Tauhid

| | 0 comments

Dalam kehidupan, seringkali kita berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan situasi.

Apa yang membezakan kita semua ialah tentang cara kita menghadapi situasi-situasi tersebut. Begitu banyak pilihan yang harus dibuat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jika kita hanya menuruti emosi, maka tindakan kita selalunya terburu-buru dan tidak memikirkan kesannya dengan teliti. Banyak keterlanjuran dan kesalahan berlaku kerana terlalu menurut perasaan.

Jika kita bertenang, mengambil masa untuk berfikir sejenak lalu bertindak menggunakan strategi yang dapat difikirkan akal, maka tindakan sebegini lebih efektif berbanding menuruti emosi semata-mata. Gunakanlah akal sebaiknya. Bukankah Allah ta'ala telah mengurniakan akal kita dengan kemampuan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk? FirmanNya:

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (As-Syams: 8-10)

Namun, akal manusia pun boleh dikelirukan. Hari ini, masalah akal yang terpesong ini makin teruk. Banyak hal yang disangkakan baik, sebenarnya buruk di sisi agama. Anda dapat lihat budaya homoseksual sudah dianggap sebagai biasa, sedangkan ini jelas-jelas dilaknat di sisi Allah. Demikian juga budaya hedonism, ini pun dilarang agama. Ini belum masuk golongan yang menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.

Kekeliruan sebegini berlaku kerana ada sesetengah manusia yang menyangka sebaik-baik keputusan adalah menurut akal semata-mata. Hakikatnya kita semua pun telah tahu akal manusia itu tidak sempurna, ia tidak dapat lari daripada kesilapan.

Penyelesaian bagi kekeliruan ini mudah sahaja, rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai hakim dalam kehidupan. Kedua-dua sumber agama ini adalah sempurna dan terpelihara daripada kesilapan, sebagai manual kehidupan kita untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. Ramai orang memang sedia maklum hal ini, tapi hal ini perlu diingatkan selalu kerana ramainya orang yang sudah berani untuk meremehkan petunjuk agama.

Pokoknya, untuk membuat pilihan dalam bertindak, tidak cukup dengan hanya menggunakan akal sahaja, tapi perlu pastikan justifikasi anda itu disuluhi dengan ilmu Islami yang sahih serta berpaksikan keimanan kepada Allah ta'ala.


Maksud saya, apabila anda berhadapan dengan sesuatu urusan atau masalah, tanyalah kepada diri, "apakah yang diperintahkan oleh Allah ta'ala apabila hambaNya berada dalam situasi sebegini? Jika saya bertindak begini atau begitu, apa kesannya untuk saya di akhirat nanti? Apakah Allah ta'ala redha atau murka jika saya berbuat begini?" dan lain-lain soalan sepertinya.

Untuk justifikasi yang efektif, kita memang memerlukan ilmu. Lebih banyak yang kita belajar tentang Al-Quran dan As-Sunnah, maka semakin cemerlanglah pilihan tindakan yang kita ambil dalam kehidupan harian. Jadi, kita harus belajar, belajar dan belajar tanpa jemu.

Apabila segala amalan kita berpaksikan untuk meraih keredhaan Allah ta'ala, segala amalan pasti dirasakan seronok. Kita lebih mementingkan kualiti kerja daripada hasilnya. Mentaliti sebegini membolehkan kita merasakan kenikmatan melakukan sesuatu amal soleh. Sebab, kita sudah tahu Allah menilai usaha kita bukan hasilnya, sebab hasil usaha adalah menurut ketetapanNya. Sedangkan manusia pula menilai hasil, bukan usaha. Anda pilihlah, hendak redha manusia atau redha Allah?

Bukan saya kata jangan melihat kepada hasil, cumanya, apabila kita lebih mementingkan hasil daripada kenikmatan proses bekerja kerana Allah, kemanisan bekerja itu tidak dapat dirasai. Ini resepi tepat untuk stress. Malah, pahala beramal pun mungkin tidak dapat. Oleh itu, bekerjalah habis-habisan kerana Allah, dan berdoalah untuk hasil yang terbaik.

Apabila kita niatkan segala amalan kerana Allah, kenikmatan beramal akan terasa, insyaAllah.

Mengapa tidak mahu membaca buku kerana mencari redha Allah? Mengapa tidak mahu menyapu sampah kerana mengharapkan redha Allah? Mengapa tidak mahu senyum kepada seorang sahabat kerana inginkan redha Allah? Segala perbuatan yang halal dan bermanfaat, jika diniatkan kerana Allah, maka itu adalah ibadah.

Bak kata Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya" (Bukhari dan Muslim)

Saya ingin bertanya lagi, adakah anda sentiasa merasakan Allah mengawasi segala isi hati dan tindak-tanduk anda?

Jika tidak, itu satu masalah. Sebab, berasa aman daripada pengawasan Allah adalah salah satu muqaddimah untuk keinginan melakukan dosa. Jika anda tidak biasa mempunyai perasaan ini, paksalah dan ingatkan diri selalu tentang pengawasan Allah, sehingga perasaan ini menjadi automatik dan sebati dalam minda kita. Minda yang berteraskan tauhid ialah minda yang sentiasa sedar akan pengawasan Allah.

Kita semua tidak dapat terlepas daripada perhatian Allah ta'ala walau sesaat pun. Sebab itu kita perlu menjaga diri kita menurut pandangan Allah. Bukan pada pandangan manusia. Biarlah apa manusia hendak kata, baik mereka suka atau tidak, yang penting Allah redha kepada kita. Jika anda sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam urusan keduniaan dan akhirat, jangan risau dengan kehidupan dan cabaran kehidupan duniawi, sebab Allah pasti akan memelihara anda. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu" (Tirmidzi: Hadith ini hasan sahih)

Sentiasalah ingatkan diri untuk bertaqwa kepada Allah ta'ala setiap masa. Semaikan kemurnian tauhid ke dalam corak pemikiran. Berfikirlah mengikut orientasi keimanan. Saya rasa anda sudah faham maksud saya.

Mudah-mudahan, dengan menggunakan minda sambil berteraskan tauhid, urusan kehidupan akan dipermudahkan, jiwa menjadi tenang selalu, kemudian di akhirat kelak kita termasuk dalam kelompok orang-orang yang beroleh kemenangan. Itulah kepuasan dan keseronokan yang terunggul, tiada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan yang pernah ada di dunia.

Wallahu a'lam.

-DIPETIK DARIPADA ILUVISLAM.COM-

Pengakuan Lelaki

| | 0 comments
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

-diambil dr iluvislam.com-

yours truly,
A2Z, AA:), Chaos

Good Luck!

| | 0 comments

TeenTalk

| | 0 comments
ktorg nk cite kt korg psl satu mlm nih. mlm 2 bkn la spt mlm2 yg biasa. tp da x igt sgt dah cmne mlm tu. xpe. korg dgr je la cite ktorg. haha.

mcm biase lps prep ktorg pegi kantin, pastu smbg2, br blk hostel. blk2 tu trus la pegi DM. ktorg dgn Mayama je yg ada. then ddk la borak2 lg smbil minum2.

msa 2 ktorg tgh smbg psl pe ntah. ttbe msuk la plk cite psl cinta2 ni. ntah sape la yg timbulkn isu ni. Chaos kot. haha. xpe2. truskan. mcm2 la prsoalan yg tmbul.

"org ckp brcinta lps kahwin lg manis. btl ke?"
"ntah. mna tw. aku x kawin lg pe"
"x gak. ikut org tu jgk la"
"kre cinta sblm kawin ni blh la?"
"ntah. bkn x leh ke? couple tu kn haram"
"x smestinya kne couple dlu sblm kawin"
"hbs 2 cmne nk knal bakal isteri klau x knal sblm kawin?"
"kna la brknalan dlu. kn? kn?"
"ntah. blh ke?"
"dh tu nk buat cmne lg?"
"ntah. kne tnya yg pakar nih"

mgkn sudah ditakdirkn Allah, nk dijadikan cite ttbe ktorg trnmpk la ustaz sorg ni. tgh lepak sorg2. so ktorg tgur la utk settlekn pe yg ktorg bncg ni.

"assalamualaikum, ustaz. sorg je?"
"wslm. eh, biase ar. hehe."
"nk tnya skit blh x, ustaz? btl ke cinta lps kawin ni lg manis?"
"btl la 2. org dlu buat cmtu rmai smpai skrg bhagia"
"xkn xleh knal lgsg bakal isteri kita sblm kawin?"
"eh, awat x leh plk? blh je."
"cmne? couple?"
"eh, mna blh couple. brtunang la. kn snang."
"btl gak. tp apa bezanya couple dgn tunang?"
"a'ah la. kn sme je. haram gak."
"tunang 2 dh ada ikatan. kre mcm dh reserved la. klau couple 2 xde pape pn. dan x rasmi lak tu. tp brtunang ni sbnrnya lbh kpd adat. ble dh brtunang kre dh dicop dulu la. tp still ada batas2 dia"
"tp blh x klau nk tw bkal isteri kita 2 cmne. baik ke x, rajin ke x sume 2. msti la kne jmpe slalu dan berknalan dgn lbh rpt. hehe."
"x smestinya kne buat cmtu utk knal. sbnrnya x pyh pn. dh kawin nnt knal la"
"knal lps kawin confirm ke blh bahagia smpai hbs?"
"igt x arwah ustaz Asri Rabbani dlu. isteri die dlu mnat kt die. so stiap hari die brdoa supaya dipertmukn jodoh dgn ustaz Asri. pastu Allah makbulkn doa die. alhamdulillah. x yah pn buat mksiat sblm kawin ni."
"owh. fuuh."
"doa je supaya dipertemukan jodoh yg trbaik utk kita. insya Allah dimakbulkan"
"oooo..."

ttbe Mayama tnya soalan kt ustaz.

"blh x kta kawin 3 org skali?"
"x tau la. tp akad kne sorg2. mne blh smua"
"kre blh la kawin 3 org. hehe."
"skali gus? Rasulullah xpe la. mmg klebihan dia. 40 lelaki."
"ye ke? fuuh. kte ni xleh ar"
"ye la. lg 1 pe hukum istimta'?
"haram la kn?"
"sbnrnya ada 5 hukum. byk khilaf bnda ni. tp hukum yg plg kuat adalah haram"
"so mmg haram la ek"
"lbh baik kita ambk hukum haram."
"ooo..."

Mayama tnya lg.

"kalau dh brtunang blh jmpe x dgn tunang kita?"
"blh. tp kne ditemani oleh mahram pmpn 2 la"
"sape? adik die ke?"
"lbh bgus abg die la. nk bgs lg bapak die."
"haha. ssh tu klau bapak die."
"ye la. sbb tunang tu bkn lg mahram korg. ada batas2 yg kne jaga"
"owh. klau nk call tunang kita 2 blh x?"
"klau call sbb ada bnde penting nk bncg xpe la"
"klau sembang smpai gayut 5 jam blh x?"
"2 x leh la. ada batas gak 2. bertunang bkn alasan utk buat mksiat"
"ooo..."

Mayama msa 2 dh ckp yes! yes! haha. mklum la nk brtunang lps SPM nnt. haha. gler btol la. then ttbe AA:) plk tnya soalan.

"klau kwn pmpn plk cmne, ustaz? blh ke knal"
"klau stakat tw nama, mklumat sket2 2 ckup la"
"blh x klau nk tnya cmni 'weh. result ko cmne? ok x?' sbb nk tw psl kwn pmpn kita 2"
"lbh baik elakkan. slip exam tu kn ada. tgk kt situ sudah la. cuba elakkan bnda2 cmni. sbb blh bawa kpd fitnah. 2 yg kita xmau 2. sbb fitnah yg dahsyat adalah fitnah wanita. jaga2 bnda tu"
"cmne klau kita wish kwn pmpn 2 birthday dia?"
"klau utk mgekalkn prtalian kwn 2, xpe la. jgn ada niat lain sudah."
"owh. cmne ble kluar plk? blh x?"
"mksdnya cmne 2? berdua? rmai2?"
"brdua xleh la kn. klau rmai?"
"rmai2 tu blh la. tp kne jgk jaga batas2 dia."
"blh ddk meja skali?"
"lbh baik asing2 la. 2 la org pnggil ikhtilat. kna jaga bnda tu gak. bahaya."
"ikhtilat. pnah dgr prkataan tuh. hehe."
"yup2. mcm kwn2 lama nk buat reunion ke pe ke kna la jaga bnda2 cmtu. x smestinya sbb kwn lama blh ssuka hati smbg dan sbgnya."
"owh. btl gak."
"klau hubungan dgn kwn pmpn ni kita kna jaga ikhtilat je. jgn lebih2 la. skdar utk megekalkan prtalian ukhuwah tu sudah la"
"ooo..."




pastu ada la soalan best drp Chaos.

"cmne klau kita ska sorg pmpn 2?"
"bgtw la pmpn tu. tp klau btl2 dah ska dan mmg confirm la. klau stakat nk main2 x pyh la"
"owh. ye ke? hmm. btl gak. tp klau pmpn 2 stuju cmne?"
"brtunang la. xpn kawin trus. kn snang."
"haha. ye la 2. snang ar ckp. hehe. tp klau die tolak"
"klau dh tolak xleh nk wat pape la. mgkn bkn jodoh la kot"
"klau die ckp tnggu dlu?"
"biasanya ble org ckp cmtu mknanya dia stuju tp x sure lg. tnggu je la dh org sruh tnggu. hehe"
"haha. btl gak. tp klau kita ska pmpn 2 tp x ckp cmne?"
"2 nmanya syok sendiri"





"lps bgtaw kt pmpn 2 pe yg kte nk buat?"
"snang je. doa kt Allah byk2 supaya dipertemukn jodoh dgn pmpn 2. klau kita btl2 suka, kita akn jaga dri kita baik2 dan insya Allah pmpn 2 pn akan jaga dri dia baik2."
"owh. mcm 2 ek. btl gak"
"aku ada 1 soalan. apa hukum lelaki brgaduh sbb pmpn?"
"hah? erm. pe ek? ntah. x tw gak"
"hukumnya haram. sbb memutuskan pertalian saudara antara 2 lelaki. kre pmpn 2 mnjadi sbb trputusnya ukhuwah. jd kne la tnggalkn pmpn 2 supaya x jd cmtu"
"ooo. br tw. tima kasih byk2 la, ustaz. byk kami blajar mlm ni"
"xpe2. klau ada pape lg tnya je la."
"insyaAllah, ustaz. tima kasih. assalamualaikum"
"sama2. waalaikumussalam."

pergh. 2 la srba sdikit prbncangan ktorg dgn ustaz. dlm pkul 12.30 gitu kot bru hbs. haha. mmg mcm2 la ktorg blajar mlm 2. blh dikatakn bab munakahat ni dah settle la. tnggal cri calon je skrg. haha. xde la. gurau je. ktorg hrp pe yg ktorg tw ni dpt la mmberi pape yg baik kt korg. ambk la iktibar pe yg ustaz ckp. btl gak. time kasih byk la kpd ustaz Aizat yg snggup kongsi ilmu pgtahuan yg byk 2. lps prbncangan ni, ktorg rse byk lg yg harus dtempuhi dlm hdp ni. insyaAllah mudah dgn prtolongan Allah. aminn.



"brg siapa di landasan yg btl akn smpai ke destinasi"

-LI Crew-

Muktamar Sanawi BADAR

| | 2 comments
salam smua. spt yg slalu KISAS akn mgadakan satu event yg besar iaitu:

Muktamar Sanawi BADAR

blh dikatakn ni la event yg ditunggu2 oleh bdk2 KISAS especially bdk form 5 dan upper 6. knape? sbb utk mmberi cadangan yg membina dan pndgn mgenai BADAR utk kbaikn bersama. chewah. ayat 2. haha.

so blh dikatakn byk gak yg BADAR buat yg tdk memuaskn para pelajar. so rmai je la yg nk tegur BADAR psl pe yg diorg dh buat dan pe yg diorg x buat dan mcm2 lg la. tp bg ktorg, mmg byk la yg kotrg x puas hati. dgn gerakan atau care diorg sume 2. rmai lg la yg x puas hati sgt. so ini la msanya. tp utk kali ni ktorg dijemput utk myertai satu pakatan. hehe. pakatan pe? kali ni rmai la group yg akn brgabung utk event ni. sape mreka?

LI + KI + Omanizer + others

pergh. mmg best la. stiap group kne perah otak buat brainstorm utk mncari pluru2 bg event trsebut. haha. mmg serius gler la ni.

sblm muktamar yg sbnr, BADAR buat Pra Muktamar kt mussola. knape? utk tdk dibgktkn msalah2 yg sensitif yg tdk patut diketahui oleh org yg x ptut dketahui kt muktamar sbnr. oo. begitu eh? xpe2. yg x best diorg dh ckp awal: tiada serangan secara individu. eleh. padahal individu 2 la yg plg best klau nk wt serangan pn. wahaha. so smua org kumpul kt mussola lps Maghrib. tempoh drp lps Maghrib smpai Isya' je? eleh. jap sgt 2. asl x wt lps prep je. lg best. haha. xpe2. so smua pakatan suda standby kt satu tmpt utk bkerjasama. maka majlis pn dibuka dgn Al-Fatihah.

barisan exco2

antaranya...

isu dibuka utk dibgktkn. org prtama bgun - mamat sengih. adeh. soalannya psl pndgn dan hukum hakam dlm tnds. hah?? isu brbgkt jd pndgn?? mamat ni mmg la. geram gler. lps 2 free je dpt gelaran Exco Tandas dan Bilik Air. haha. pdn muka. org kedua, adeh. bdk pro BADAR lg. tnya psl pndgn BADAR ttg org yg masbuk Subuh. hah?? pndgn lg? pe ni? wei! klau nk tnya pndgn dan prsoalan mcm 2 pegi join Forum Prdana la. msa org wt tazkirah korg x dtg plk. pastu bru nk tnya skrg pe cite? bnci gler dgr soalan 'pandangan'. tension tol. 2 peluang dibuang bgitu saje. ceh2.

msa ni smua org bengang giler

org ketiga. yeah! wakil KI drp pakatan. smestinya Abg Hadi! haha. smua org x sbr la nk dgr pe soalan die. so soalan pn dilontar - "cmne BADAR wt prlntikan exco2. pe kriterianya?"
mka dijwb la oleh Presiden dan KU dgn pnjg lebarnya. adeh. jwpn x best. x ksah la. 2 cre diorg.

smua org trtunggu soalan drpdnya

then keempat, Mr Gabenor bgun. tny psl apakah tndakan yg dilakukn oleh BADAR kpd mreka2 yg masbuk tuh. npe bku cttn masbuk 2 hilang? sbb sll sepah. psl tazkirah form 4 dan DM. blh la soalan mcm 2. bgs gak tny psl 'tindakan' dan bkn 'pndgn'. 2 la yg ktorg nk. so dijwb mcm bese je la. x tw la blh diterime ke x.

kelima. the third speaker bgn. die tnye pe ek? x igt da la. tp mmg best gak soalan die. xde la mcm dua org pertama 2. buang msa je. so BADAR jwb. then hbs. ktorg tny la third speaker tuh.
"amacam jwpn diorg? mnjwb soalan x?"
"heh. at least diorg mntk maaf"

keenam. wakil LI dan LKP, smestinya Abg! haha. soalan dibom - "knape ada BADAR yg lnggr praturan sdgkn mreka lbh tw psl ni. lmbt prep sbb solat sunat. pe cite?" haha. soalan mmg pedas. trgamam sume. then ada la sorg exco ni jwb. mmg kne attack blk la lps 2. bak kata Omanizer, "dh ko bodohkn dri ko dpn 2. nseb ar. jwpn yg bodo" haha. tp dicover blk oleh exco sblhnya. jwpn 2 kre ok la gak. tp jwpn yg membidas jwpn exco sblmnya dan skali gus myokong ktorg. wahaha. yeah! good job.

trkejut smua. haha.

then isu ditutup. majlis tamat. ceh. AA:) dh igt nk bgun dah. ceh. xpe2. mktamar sbnr ada lg. tp isu sensitif blh ke bgktkn. ah. x ksah la. mlm 2 mmg kmenangan dan kpuasan bdk2 LI dan pakatan la. haha. pdn muka. gedebuk kne sbijik! tp x best sbb x rmai yg pedas. huhu.

esknya..msa yg ditunggu2.

mcm biasa. pakatan ddk satu tmpt. muslimat kt blkng. muslimin kt depan. x rmai yg dtg sbb wktu ptg. letih dan ngantok. tp ktorg msti dtg ar.

pose ni Abg Hadi pnya idea. haha.

barisan exco BADAR 08/09

majlis start dgn doa. ucapan demi ucapan. then smpai kt ucapan ayahanda. pergh. tentatif brtukar dgn skelip mata. bliau bntg smua laporan exco. dan truskn kpd prlantikan. nama2 diumukn. ktorg sume x phm. then pembentangn mnit msyuarat. SU xde minit msyuarat. keadaan jd pelik. Bendahari bntang. then msa isu brbgkt. ustazah bgkt dan bgtw smua oleh krn xde pmbntgn SU maka isu brbngkt xde. msa 2 smua org tkejut. dan ktorg sbg pakatan pn : what?? xde isu brbgkt?? xde org blh bgun? xde prbncgn masalah? pe smua ni?

barisan exco BADAR 09/10

exco2 sdg brbincang stelah mndgr ucapan ayahanda

ktorg mmg x ske ble cmni. rse kesian la plk kt BADAR. Omanizer siap ckp lg: "kita tkr plan. jgn attack BADAR. attack ayahanda." haha. mrepek je la mamat 2. peluang dh xde la. nk buat pe lg. mmg x blh wt pape da. then majlis hbs cmtu je. pe muktamar thn ni? adeh. rmai la yg x puas hati. skali lg AA:), KR dan yg lain x dpt bgktkn isu yg trpendam slama ni. mmg kcewa gler la. huhu. soalan yg ingin sgt AA:) tujukn kpd pihak BADAR: "adakh BADAR mmpunyai hak utk mnceroboh privasi org lain dgn ssuka hati? knape lps pe yg BADAR buat, cnthnya lps diorg plgkn brg yg diambl tnpa pgetahuan; tiada langsung teguran atau nasihat atau pape je la kt aku? cmne aku nk tw bhw aku ni salah ke x? sbb 2 la aku trus trg ckp cre korg mmg x brkesan. hrp persoalan aku slama ni dijawab."

bbrpe hari lps 2 ada Pasca Mukatamar plk. ntah utk pe la event ni. diorg ckp utk menjelaskn pe yg x jelas. stiap exco bentang bdang masing2. overall, KR ckp majlis ni xde pape pn. masing2 nk back up dri mgatakn bhw 'aku tdk bersalah'. bg yg ada msalah teknikal 2 ok lg la. yg lain sume ckp diorg la btl. adeh. mls nk ckp pape lg la.

bkn niat ktorg nk attack BADAR sbnrnya. ktorg pn syg jgk BADAR. bkn ktorg nk ktuk blkg ke pe ke. rsenya BADAR sndri dh ckup knal dgn ktorg. yup. tugas kita utk tegur menegur kn. pape pn ktorg ingin sgt mengucapkn TERIMA KASIH kpd BADAR thn ni. terima kasih sbb snggup bwk tnggungjwb yg berat cmtu. ktorg tw mmg ssh smua 2. terima kasih sbb jalankan dkwah dan myampaikn ilmu kpd smua. terima kasih sbb cuba jlnkan biah solehah kt sni. MINTAK MAAF apa yg ktorg buat slama ni. mntk maaf klau ada je yg ktorg buat myusahkn BADAR. ye la. nama slalu naik msyuarat. huhu. mntk maaf klau pihak BADAR ada yg x puas hati. klau ada pape, tlg jmpa ktorg straight. x pyh nk pkai org tgh or whatsoever. 2 mmg care yg sgt la dibnci oleh ktorg. tegur open or indirectly. ktorg bkn anti-BADAR. ktorg amatlah myokong perjuangan BADAR drp dlu lg. cuma cre korg je yg myakitkn hati. bkn smua. tp bbrape exco. sorry again. hrp exco2 BADAR yg bru dilantik truskn perjuangan dkwah kt KISAS, jaga tarbiyah dan biah solehah sbaik mgkn, seterusnya berjaya selamanya. insya Allah. sekian. wassalam.

"bersama mengemudi bahtera tajdid"

-LI Crew-

Puzzle in Khalid

| | 2 comments
salam kpd smua. ni kisah psl kt Khalid. smua ni brmula dr satu titik prmulaan. mmg la kn. nk start dr mne lg. kisahnya begini...

spt biasa, mggu plajar mslimin outing, KP outing je la cm bese. tmpt yg biase dituju - CP. haha. 2 je kot tmpt yg best kt Klang uh. ktorg jln2 trnmpk la satu kedai souvenier. eh? kedai baru ke? so ktorg msuk la tgk2. ooo. byk la gak brg2 prhiasan dan mcm2 cenderahati ada. ok gak la. then ble nk blk 2 A2Z nmpk ada sumthing kt dpn pntu msuk 2.

"eh, tgk jap."
"pe 2?"
"puzzle la. mcm2 gmbr ada"
"ye la. nk bli x?"
"blh je. x ksah. nnt buat rmai2"
"set"

so ktorg bncg la dgn akak kdai 2. gmbr mne yg lawa la. pe la. haha. ttbe je hari 2 blh rpt ngan akak kdai 2. maka gmbr Naruto mnjadi pilihan. tp yg x best xde frame la. ktorg cri kt ats CP, kt The Store 2 pn xde gak. so xpe la. bak kta auntie kdai 2 lg 2 minggu akn smpai. so kne tnggu lps raye je la nmpknya. huhu.

so blk asrama ktorg smpn la dlu. plan msa free br ktorg nk wat. tp Mayama ada dtg kt blik.

"jom try bkk dlu puzzle ni"
"blh gak. tgk pe ada dlm ni"
"mak ai. byk giler. dh la kcik2 puzzle nih"
"bese ar. 1000 pieces ma"
"jom try asing2 dlu ikut huruf"
"lets do it"

so ktorg asing2kn la ikut huruf. byk gak. ble dh asing 2 ktorg bgkus la dgn surat khbr satu2 huruf 2. then smpn blk. ble ada msa bru nk wat plk. tp ada satu hari 2 Mr AZ dtg bkk then die try cntum2 puzzle 2. eh? smart gak. so yg len pn try la wat gak. fuuh. ssh gak weh. nk cri puzzle 2, yg same kaler pn ade, ntah kt mne nk ltk x tw. tp ble dh siap mmg smart ar. bdk2 Khalid yg lalu tgk ktorg wat pn join la skit2 try wat. haha. mula2 buat satu hruf satu huruf je. tp ble cntum huruf2 2 mcm lg gempak lak. haha. so try la cntum sume. pergh. mmg lawa. serius. haha. then buat2. smbg lg buat smpai rmai x trun pdg ptg 2. haha. Ijot, Mr AZ, Zaim, Aiman, Muhaimin, Chai, Topek join gak. KP blik dpn 2 pn join gak. haha. x caya2. tp biar ar. die nk tlg. rmai lg la bdk2 Khalid yg tlg. mmg best buat rmai2.

tgh sibuk buat nih

ada lompong2 lg nih. truskan.

"ini adalah puzzle"

skit lg. blh2.

smpai lps Maghrib dah 80% la blh dikatakn dh siap. so ktorg smbg lg wt puzzle 2 smpai la Isya'. lg sket je lg nk siap. xpe2. lps Isya' naik atas smbg lg. then lewat pegi prep. haha. addicted dah. tp still x siap lg. x best plk Mayama xde msa psg2 nih. dh la die yg nk sgt psg bnde ni same2. huhu. xpe2. nk wt cmne. so lps prep rmai2 smbg lg. Khalid 1st floor dan ada lg la duta2 yg lain bak kata Mr AZ : brgabung dan wt bnde nih. akhirnya...SIAP!

tgk ni. can you see the flaws?

ttbe ktorg prasan. eh? ada sumthing hilang nih. ada 4 puzzle hilang! ada org ambk. Chai dgn Topek dah wt projek yg dberi nama 'projek run-away'. mmg target diorg la pastu. mntk kt diorg blk. x bg2 gak. ceh. tbe2 Mr AZ lak yg bg. aku ambk 2 je. siot tol. haha. xpe2. then cri lg sape la yg ambk. ttbe Mr AZ bg lg 1. ceh2. mamat ni lg. igtkn sape. nk sorok2 konon. blah ah. haha. so mne lg 1? cri2. xde gak. xpe la. smpan dlu. pastu esknya ada surat yg dilipas ats katil AA:). tls 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin' sape lak yg bg ni? bkk surat 2 tgk2 ada la 1 puzzle 2. ceh! Mr AZ, Ijot sume dtg la tgk. tnya2 sape yg bg surat 2. ntah. ktorg pn x tw gak. ttbe Chai dtg.

"weh. sape bg 2?"
"ntah. mne ktorg tw"
"x ptut btl la org 2"
"2 la. pndai gak. siap mntk maaf lg. ceh"
"xpe la. maafkn la die"
"ceh! ooo. ko la ni ek?"

Chai trus lari. pe lg. kejar ar! hahaha. mamat 2 yg ambk rpenya. ceh2. xpe la. maafkn.
akhirnya complete la satu puzzle yg besar yg trdiri drp 1000 pieces puzzle dan kseluruhannya berukuran 50 x 75cm. ats krjasama smua 1st floor Khalid. btl la org ckp. bersepakat membawa berkat. bersekutu brtambah mutu. haha.

siap dgn sempurna!

tp x ltk lg la dlm frame. last skali msa outing hr 2 bru la ada frame kt kedai 2. ktorg bli dan msukkan la dlm frame dgn jayanya. dan skrg gmbr puzzle 2 ada dlm blik gerakan. x gantung lg. insya Allah akn gntung dlm blik ataupn lobi 1st floor Khalid. pape pn trime kasih kpd sume yg trlibat scara lgsg ataupn x lgsg. kerjasama korg sgt la dihargai. hehe.

Khalid's puzzle in the frame

"revolution begins"

-LI Crew-